• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Kahwin Jadi Kecoh Kerana Bising Motosikal

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan dengan kemeriahan bertukar kecoh apabila berlaku pergaduhan antara penduduk dengan sekumpulan penunggang motosikal yang didakwa membuat bising di sebuah dewan komuniti di Gombak Setia, Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, tindakan sekumpulan kira-kira 20 buah motosikal ke majlis perkahwinan dalam keadaan bising ke dewan komuniti terbabit menimbulkan rasa tidak senang penduduk sebuah blok projek perumahan rakyat (PPR) berhampiran.

Berang dengan bunyi bising motosikal, ada pihak yang membaling mercun ke arah kumpulan penunggang motosikal terbabit kerana tidak puas hati.

Difahamkan, akibat tindakan membaling mercun, berlalu kekecohan di antara tetamu dan penduduk di situ sehingga sekumpulan lelaki datang ke perkarangan dewan dan membuat kekecohan.

Menerusi rakaman video yang tular di laman sosial, memaparkan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan pedang merosakkan motosikal dan cermin kenderaan yang ada di depan dewan serta sebuah motosikal berkuasa tinggi yang disewa untuk majlis perkahwinan berkenaan.

Kumpulan lelaki tersebut turut mengganggu tetamu yang hadir sehingga ada yang mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

Video berdurasi 1 minit 38 saat itu menunjukkan sekumpulan lelaki merosakkan motosikal di hadapan dewan dengan seorang daripadanya dilihat membawa senjata seperti parang masuk ke dalam dewan.

Difahamkan, kumpulan berkenaan bertindak melarikan diri dengan menaiki beberapa buah motosikal sebaik menyedari kehadiran polis.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Ramli Kasa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kita sudah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dan tindakan susulan kini dibuat bagi mengesan semua suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati kira-kira 20 orang terbabit dalam kekecohan itu dan ada di antaranya mengalami kecederaan, namun kita tidak dapat pastikan berapa ramai. Siasatan masih dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana muncul juara acara regu berpasukan...

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd