• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Buka Permohonan 5,900 Tanah Lot Kosong

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu akan mengiklankan 5,900 tanah lot kosong di seluruh negeri untuk pembinaan rumah kediaman bagi rakyat negeri ini yang berkelayakan awal bulan depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata keutamaan permohonan diberikan kepada mereka yang belum pernah memiliki sebarang lot tanah di negeri ini dan beberapa syarat lain akan ditetapkan kemudian oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Iklan akan dibuat di semua pejabat PTG di seluruh daerah dan permohonan adalah seperti permohonan tanah biasa.

“Langkah dilakukan kerajaan negeri ini sebahagian daripada inisiatif memudahkan rakyat memohon tanah yang masih kosong kerana sebelum ini ramai ingin memohon tanah tetapi tidak tahu di mana lokasi tanah yang masih ada.

“Ia juga satu daripada usaha kerajaan negeri mengatasi masalah 3P di negeri ini, melibatkan pendapatan, perumahan dan pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM) (Perhubungan) Terengganu, di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata setiap pemohon yang layak akan dipanggil oleh PTG selepas proses pemilihan selesai dan jika ada pertindihan terhadap permohonan lot tanah yang diiklankan, satu temuduga akan diadakan untuk pemohon berkenaan.

“Tanah yang berjaya dimiliki kelak perlu dibuat rumah dalam masa tiga tahun atau PTG akan mengambil semula tanah jika tiada sebarang pembinaan dilakukan. Ini bagi mengelak pemilik tanah menjual tanah tersebut kepada pihak lain kerana tanah itu boleh ditukar milik selepas 10 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri telah menyalurkan dana RM64 juta dengan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)​ untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Bagi pemohon yang tidak layak dalam kategori permohonan tanah itu, mereka boleh cuba memohon rumah PPRT,” katanya.

Mengenai desas-desus PTG dikatakan sudah bertemu pemilik tanah terlibat dalam projek East Coast Rail Line (ECRL), Ahmad Razif berkata setakat ini, pihaknya belum berbuat demikian dengan mana-mana pemilik tanah terbabit.

“Kita belum lagi memutuskan perkara itu kerana pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan memberi taklimat mengenai projek itu kepada semua pihak yang terlibat minggu depan, jadi saya tidak boleh ulas lanjut,” katanya. – BERNAMA

\

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd