• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Keluar Kenyataan Menghasut – FAM

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua jurulatih pasukan bola sepak di negara ini diingatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan negatif terutamanya berbaur hasutan sekiranya tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata ini kerana beliau percaya kenyataan berkenaan boleh mewujudkan unsur ketidakpercayaan terhadap mutu pengadilan bola sepak di negara ini.

“Sememangnya kita akan ada rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan, tetapi jangan sampai ia merosakkan dan mencemarkan imej bola sepak negara…persepsi negatif ini perlu dihapuskan.

“Kita tidak mahu mutu pengadilan akan menyebabkan timbulnya rasa hilang kepercayaan penyokong-penyokong yang merasa seolah-olah tertipu dengan perlawanan yang kononnya seperti diatur,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata FAM melalui jawatankuasa pengadil turut sentiasa berusaha meningkatkan mutu pengadilan bola sepak agar kesilapan seumpama ini tidak berulang sekali gus mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap sistem pengadilan tersebut.

Sabtu lepas, Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh melahirkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwanya berat sebelah ketika Tok Gajah tewas 1-2 kepada Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Mohd Yusoff berkata usaha ini bagi menghilangkan keraguan orang ramai selain meyakinkan mereka agar Liga Malaysia akan terus dihormati.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United itu berkata secara peribadinya beliau juga tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada perlwanan Liga Super antara Melaka United dan PKNS FC baru-baru ini.

“Saya juga atas faktor Melaka United turut tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang berlangsung baru-baru ini ketika menentang pasukan PKNS. Saya dimaklumkan pengerusi jawatankuasa pengadil bahawa keputusan penalti dan kad merah kepada pemain Melaka United itu salah,” katanya.

Beliau berkata apabila sesuatu rasa tidak puas hati timbul, seharusnya pihak ketua jurulatih melalui persatuan perlu menghantar surat bantahan rasmi kepada jawatankuasa pengadil berserta bukti seperti video perlawanan.

“Saya difahamkan pengerusi jawatankuasa pengadil belum menerima surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pahang dan kenyataan yang dikeluarkan Dollah barangkali bersifat peribadi dan bukan secara rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pahang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata pihaknya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas 100 hari pentadbirannya sebagai Presiden FAM.

“Jawatankuasa FAM sentiasa menaruh sepenuh kepercayaan dan berdiri teguh di belakang tuanku untuk melakukan apa jua perubahan dalam bola sepak negara agar ia dapat ke satu tahap yg lebih baik dari sebelumnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Yusoff MahadiFAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd