• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Perak Buka Tender ‘AKU’ Hingga 18 Julai

oleh Ahmad Albab
03/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan siri AKU yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak bermula hari ini sehingga 18 Julai ini.

Pengarahnya Mohd Zawawi Zakaria berkata nombor siri yang bermula dari nombor 1 hingga 9999 ditawarkan kepada orang ramai mengikut nombor pilihan masing-masing dengan pendaftaran sebanyak RM10.

Nombor siri yang ditawarkan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Nombor Bernilai Utama iaitu 1 hingga 10, Nombor Menarik antaranya 2222, 4444, 11, 12 dan 14, dan Nombor Popular seperti 9090, 7070, 2266 dan 4400.

“Bagi Nombor Bernilai Utama, harga minimum RM10,000, Nombor Menarik minimum RM2,000 manakala Nombor Popular harga minimum RM300.

“Pemohon perlu membayar wang pendaftaran sebanyak RM10 selain wang pendahuluan 50 peratus daripada harga tempahan. Sekiranya pemohon gagal mengikut syarat yang telah ditetapkan permohonan akan ditolak,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat JPJ Perak di sini.

Menurut Mohd Zawawi ada beberapa nombor pendaftaran yang tidak termasuk dalam kategori nombor pilihan namun menjadi pilihan ramai termasuk selebriti turut dimasukkan dalam tender dan dikategorikan sebagai Nombor Popular seperti 8055, 1305 dan 805.

“Kita tidak boleh jangka berapa nilai bidaan tertinggi bagi nombor tersebut kerana ramai yag memilih nombor itu kerana ia seperti perkataan ‘AKU BOSS’,” katanya sambil menambah keputusan bagi permohonan dijangka diperoleh dua hingga tiga minggu selepas tarikh tamat permohonan.

Katanya setakat ini nilai bidaan tertinggi yang direkodkan oleh JPJ Perak ialah bagi nombor plat kenderaan AKK 1 iaitu RM288,000 pada tahun lepas.

Sementara itu, seorang jurutera Mohd Azlan Mohd Moosa, 32, berkata beliau akan membida plat nombor AKU 7171 untuk kereta baharunya.

“Saya memilih 7171 kerana keluarga saya menggunakan plat nombor ini dan dua kereta serta sebuah motosikal saya juga menggunakan nombor plat yang sama selain ia senang diingat,” katanya.

Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman ketika dihubungi Bernama berkata beliau akan menghantar wakil untuk membuat permohonan bidaan plat nombor bagi kenderaannya. – BERNAMA

Tags: JPJnombor plat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JPN Sarawak Diarah Pantau Penyakit Rabies

Next Post

Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster

Related Posts

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

17/03/2025
0

PASIR PUTEH – Operasi penyamaran akan diteruskan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada musim perayaan menerusi Ops Khas Sempena...

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Next Post

Gadis Air Mineral Shell Kesal 'Diraba' Dalam Poster

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd