• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izara Cuba-Cuba Duduk Di Kerusi Pengarah

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini dia hanya dikenali sebagai pelakon dan model, kini Izara Aishah boleh meletakkan title pengarah di dalam portfolionya.

Izara, 25, mula berjinak-jinak duduk di kerusi pengarah apabila mengemudi penggambaran video pendek dan teaser bagi rangkaian produk keluarannya, Madame Izara.

“Mengarah karya besar seperti filem masih terlalu jauh untuk digambarkan. Mungkin filem pendek boleh dipertimbangkan.

“Buat masa sekarang, kalau setakat video durasi pendek tanpa jalan cerita dan suka-suka, termasuk suntingan sendiri, boleh saya lakukan.

“Siapa tahu pada masa depan dengan keyakinan jitu, saya akan berada di kerusi pengarah secara komersial pula,” katanya, lapor BH Online. 

Izara berkata, dia turut menggunakan khidmat bakat muda, termasuk mereka yang baru menamatkan pengajian untuk membantunya di belakang tabir bagi menghasilkan video pendek itu.

“Saya percaya bakat muda perlu diberi peluang untuk berkarya,” katanya yang memuat naik rakaman video pendek yang menjalani penggambaran di Bukit Antarabangsa dan Cameron Highlands di laman sosialnya.

Bagi menyokong kempen mempromosikan produk kosmetik keluarannya itu, Izara muncul dalam drama web bersiri, Madame’s Diary, sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, drama itu memaparkan realiti Izara menjalankan tugas sebagai Pengarah Kreatif di Syarikat A Klasse selain perjalanan hidupnya sebagai insan seni. Ia boleh ditonton dengan melayari laman web www.madameizara.com. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Izara Aishah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Izara Aishah, Adib Kongsi Wajah Anak

23/04/2020
0

HAMPIR seminggu ‘menyembunyikan’ wajah puteri tercinta di media sosial, suami kepada pelakon Izara Aishah iaitu Adib Khalid akhirnya berkongsi detik...

Izara Aishah Dapat ‘Baby Girl’

16/04/2020
0

PELAKON Izara Aishah selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.9 kilogram, semalam. Berita gembira itu dikongsikan ibu mentuanya, Datin Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd