• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Aidilfitri: JPJ N.Sembilan Periksa 2,504 Kenderaan

oleh Ahmad Albab
03/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 2,504 kenderaan diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Op Hari Raya Aidilfitri 2017 yang berakhir semalam sejak ia dilancarkan pada 18 Jun lepas.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Azrin Borhan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,683 kesalahan dikesan termasuk memandu melebihi had laju, gagal mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memandu di lorong kecemasan, tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu di lorong kanan secara berterusan bagi kenderaan barangan.

“Jumlah kesalahan pada op tahun ini menunjukkan penurunan 37.83 peratus berbanding tahun lepas iaitu 2,707 kesalahan yang dikesan.

“Malah jumlah kenderaan yang diperiksa sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri 2017 juga berkurangan 10.22 peratus berbanding tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Op Hari Raya Aidilfitri 2017 yang dilaksanakan di sekitar daerah ini, malam tadi.

Turut menyertai operasi Ketua Pendakwaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan Aziz Musa dan Penolong Jurutera Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Razali Othman.

Azrin berkata seramai 225 anggota penguat kuasa terlibat sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri 2017 berlangsung.

Mengulas lanjut, beliau berkata bagi kesalahan memandu di lorong kecemasan pada tahun ini menunjukkan penurunan dua kes berbanding 59 kes tahun lepas.

Penurunan mendadak ini adalah kerana modus operandi JPJ lebih kepada pemantauan di jalan raya berbanding pemantauan secara statik pada tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, Aziz berkata seramai sembilan individu ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamine dan ganja ketika Op Khas Motosikal dilaksanakan pada 23 Jun, 1 dan 2 Julai di dua lokasi iaitu Senawang dan Jempol.

“Operasi di Terminal One (terminal bas Seremban) setakat 2 Julai, seramai 82 pemandu telah disaring ujian air kencing dan mendapati kesemua mereka negatif dadah. Kami berharap trend ini akan berkekalan.

“Bagi penunggang motosikal yang ditahan kerana positif dadah, mereka ini akan diserah kepada pegawai penyiasat AADK untuk diambil tindakan,” katanya.

Razali pula berkata 64 kenderaan diesel diperiksa dengan enam daripadanya ditawarkan kompaun sebanyak RM2,000 setiap satu kerana kesalahan melepaskan asap hitam. – BERNAMA

Tags: AidilfitriJPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd