• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komik ‘Kampung Boy’ Raih Anugerah Di Jepun

oleh Ahmad Albab
19/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Komik ‘Kampung Boy’ terjemahan bahasa Jepun meraih tempat kedua Anugerah Gaiman Jepun bagi kategori komik luar negara.

Menurut satu kenyataan, karya Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali ‘Lat’ itu mendahului 14 penyertaan komik lain dari beberapa negara seperti United Kingdom, Sepanyol, China dan Korea Selatan.

Menurut keputusan yang diumumkan pada Sabtu melalui laman sesawang www.gaiman.jp, karya dari Amerika Syarikat, ‘Hawkeye: My Life as a Weapon’ telah meraih tempat pertama, manakala tempat ketiga dimenangi oleh komik berjudul ‘Jolies Tenebres’ dari Perancis.

“Rata-rata pembaca luar negara gemar membaca ‘Kampung Boy’ dan memilih buku itu kerana ia jelas menggambarkan budaya, keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia dari kaca mata kanak-kanak lelaki. Lakaran watak sebenar dengan suasana kampung menjadikan karya ini lebih dekat dengan pembaca dan mudah untuk difahami,” kata kenyataan itu.

Kampung Boy versi bahasa Jepun itu adalah hasil terjemahan semula pensyarah Bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia, Hieda Natsue, yang disunting oleh Prof Madya Soda Naoki dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS).

Ia diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Tokyo University of Foreign Studies Press.

Karya yang dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Tokyo pada Julai lalu itu turut dijadikan sebagai bahan bantu mengajar untuk Pengajian Asia Tenggara di TUFS atas keunikannya.

Karya Lat sebelum ini telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam 12 bahasa dunia termasuk bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, Tamil, Perancis, Jerman, Indonesia dan Korea. – BERNAMA

Tags: Kampung Boy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 25 Ekor Haiwan ’Kampung Boy’ Dijumpai Mati

14/09/2020
0

KUALA TERENGGANU - Remaja yang terkenal dengan jolokan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ terpaksa berdepan dengan episod duka hari ini apabila dipercayai...

‘Anugerah Kampung Boy’ Bakal Angkat Karya Kartunis Tempatan

20/12/2014
0

KUALA LUMPUR - Majlis penyampaian 'Anugerah Kampung Boy', anugerah khas bagi mengiktiraf bakat kartunis tempatan bakal diadakan pada pertengahan tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd