• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini 5 Cara Hilangkan Bau Rokok Dalam Kereta

oleh AK-47
02/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA anda mahupun teman anda merupakan perokok tegar dan sering menghisap rokok di dalam kereta, pasti akan meninggalkan kesan bau yang kurang menyenangkan.

Walaupun telah menggunakan pelbagai jenis pewangi dan penyegar udara, bau rokok tersebut pasti akan kekal pada fabrik tempat duduk kereta.

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai petua yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan bau tersebut?

Berikut kami kongsikan lima benda yang boleh membantu menghilangkan masalah bau yang tidak menyenangkan terutamanya bau rokok:

1. Serbuk Kopi

Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup. Serbuk kopi tersebut akan menyerap bau asap rokok. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

2. Cuka

Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta. Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.

3. Kayu Manis

Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis. Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

4. Kulit Buah-Buahan Sitrus

Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan. Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak. Pasti kereta akan berbau harum keesokan harinya.

5. Arang

Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau. Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: Rokoktips
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd