• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Jual Kuih Raya ‘Ghaib’ Bakal Dijel 10 Tahun

oleh
01/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang wanita dan seorang lelaki dicekup kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan berkaitan penjualan kuih dan kek Hari Raya Puasa yang sebenarnya tidak wujud.

Ia susulan polis Singapura menerima beberapa aduan antara 19 dengan 21 Jun daripada ramai mangsa yang pernah ditipu setelah menempah biskut dan kek sempena perayaan Aidilfitri yang diiklankan menerusi laman Instagram.

Menurut media tempatan, setelah menghubungi penjual, mangsa diarahkan supaya membuat pembayaran terlebih dahulu. Namun, mereka tidak menerima kuih-muih yang ditempah malah penjual itu tidak dapat dihubungi.

Para pegawai dari Divisyen Polis Bedok menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti identiti suspek dan akhirnya berjaya memberkas seorang wanita berusia 23 tahun, dan seorang lelaki berumur 32 tahun pada 29 Jun.

Wanita itu akan didakwa di sebuah mahkamah pada 1 Julai atas tuduhan penipuan serta boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda. Tetapi siasatan ke atas suspek lelaki pula masih lagi dijalankan.

Meskipun membeli-belah secara online adalah lebih mudah, orang ramai dinasihati pihak polis republik itu supaya membeli produk hanya daripada wadah rasmi bahkan mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga antaranya:

– Perlu beri perhatian bahawa individu yang menjual barangan atas talian adalah orang tidak dikenali.

Justeru, sebelum membuat sebarang urus niaga, pastikan bagaimana laman itu melindungi kepentingan anda atau dapat membantu anda menyelesaikan masalah sekiranya berlaku pertelingkahan;

– Sekiranya boleh, buat pembayaran hanya setelah barang yang ditempah sampai kepada anda;

– Jika pembayaran perlu juga dibuat terlebih dahulu, gunakan platform beli-belah yang dapat memindahkan wang kepada penjual hanya setelah anda berjaya menerima barang yang ditempah.

Untuk mengelakkan diri daripada ditipu, pengguna boleh melungsuri laman sesawang scamalert.sg atau segera menghubungi talian antipenipuan disediakan iaitu 1800-722-6688.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kegiatan penipuan sedemikian boleh menghubungi talian hotline polis Singapura di 1800-588-000 atau menerusi www.police.gov.sg/iwitness. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kuih rayaSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd