• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syria Isytihar Daesh Lari Tinggalkan Aleppo

oleh AK-47
02/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA 24 jam selepas kerajaan Iraq mengumumkan Daesh berjaya dihapuskan di negara berkenaan setelah kubu kuat militan itu di Mosul berjaya ditawan tentera kerajaan, kini giliran bandar Aleppo di Syria diumumkan bebas daripada Daesh.

Aleppo adalah bandar sempadan antara Syria dan Turki. Dianggap antara bandar tertua Asia Barat dan menjadi titik sejarah bagi tinggalan pelbagai khazanah seni bina sejak era pengaruh Firaun di Mesir lebih 5000 tahun lalu.

Tentera Syria meningkatkan kepungan dan serangan sejak Daesh menguasai bandar itu berikutan kebangkitan Arab Spring pada 2012.

Tentera Kerajaan yang menyokong Presiden Bashar As Assad, melancarkan serangan berterusan dengan bantuan ketenteraan Rusia melalui serangan udara.

Kini, militan Daesh disahkan sudah ‘tidak lagi wujud’ di Aleppo.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Syria, Rame Abdel Rahman berkata: “Daesh sudah lari meninggalkan 17 bandar dan kampung sekitar Aleppo selepas berkuasa selama empat tahun.”

Menurut Rame, ketika ini tentera kerajaan sudah menguasai tenggara Aleppo dan juga Raqqa.

Sumber tentera Syria turut mengesahkan berita kekalahan Daesh: “Operasi tentera masih dijalankan dan Daesh sudah berundur meninggalkan Aleppo dan lari ke arah wilayah pedalaman di Hama dan Raqqa.”

Sumber tentera memaklumkan kepada AFP: “Tentera Syria sudah membersihkan Aleppo.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: DaeshPengganas Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd