• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Jaga Anak, Elly Mazlein Sindir Azmi, Faye Di IG

oleh AK-47
02/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI seorang ibu, Elly Mazlein tentu ada alasan tersendiri untuk tidak membenarkan anaknya, Putri Sara Sefhia bermalam dengan bekas suami, Azmi Hatta.

Ia selepas pengarah tersebut dikatakan ‘patah hati’ tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama anak perempuannya itu.

Menerusi Instagramnya, dia memberitahu Sefhia masih menyusu badan selain bimbang anaknya itu akan meragam kerana tidak mengenali bapanya dan juga orang di sekelilingnya.

“Macam mana kakak lina nak bagi pada si bapa untuk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai?

“Sefhia masih menyusu badan ni ada hati nak ambil Sefhia sampai empat hari di hari raya. Sefhia pun tak kenal kamu dan juga orang keliling kamu.”

Mahu Jaga Anak, Elly Mazlein Sindir Azmi, Faye Di IG

“Kalau Sefhia menangis tak berhenti empat hari tak ke kamu mendera budak itu?” soalnya.

Elly turut menjelaskan pihak mahkamah juga sudah memutuskan Sefhia hanya boleh bermalam dengan bapanya apabila mencapai usia lima tahun.

“Jangan nak bagi orang luar keliru pasal hak penjagaan anak (bayi) ya.

“Orang-orang macam inilah yang suka buat ibu-ibu yang ada masalah atau mereka yang belum berkahwin jadi takut tentang hak penjagaan anak selepas bercerai.”

Mahu Jaga Anak, Elly Mazlein Sindir Azmi, Faye Di IG

“Mahkamah tidak zalim memisahkan Mama dan anak yang masih menyusu badan,” terangnya.

Penjelasan Elly itu dibuat untuk memberi pencerahan selepas pelakon Faye Kusairi yang juga isteri baru Azmi memuat naik gambar menerusi Instagram dengan menulis kapsyen, suaminya masih mampu tersenyum walaupun sedang patah hati kerana tidak dapat berhari raya bersama anak perempuannya.

Dalam kapsyen sama, Faye menjelaskan sepatutnya tahun ini adalah giliran suaminya itu berhari raya bersama anak perempuannya yang kini berusia setahun tiga bulan.

Mahu Jaga Anak, Elly Mazlein Sindir Azmi, Faye Di IG

“Sekarang ada hati nak cerita pasal ‘heartbreak’? Senyum sampai gigi, telinga lagi ada,” tulis Elly lagi.

Elly dan Azmi berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Manakala Azmi dan Faye pula bernikah pada tanggal 9 April lalu dalam satu majlis tertutup.

Pokoknya, ibu memang amat protektif terhadap anaknya. Suami ‘membuang’ isteri itu bukan lagi perkara yang asing, tetapi anak tiada galang gantinya.

Namun, tak semestinya segalanya perlu ditunjukkan secara terangan di media sosial. Kadangkala ada baiknya jika sesuatu itu dibiarkan menjadi rahsia dan terlindung daripada pengetahuan ramai, kan? – MYNEWSHUB.CC

Tags: ELLY MAZLEIN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elly Mazlein Selamat Bertunang

17/12/2019
0

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan dalam majlis yang berlangsung di Pusat...

Demi Keluarga, Elly Bercuti Daripada Lakonan

19/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Elly Mazlein, mengaku dirinya harus bijak menyusun jadual agar tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya seni dan perniagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd