• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangan Tersangkut Dalam Jamban Kerana Pemetik Api

oleh AK-47
02/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NASIB malang bagi seorang lelaki berusia 42 tahun apabila tangan kanannya tersangkut di dalam lubang tandas di Taman Seri Kemuning, Temerloh, Pahang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Adli Azani Mohd Amin cuba mengambil pemetik api yang terjatuh ke dalam lubang tandas.

Namun, cubaanya mengundang padah apabila tangannya tersangkut dan terpaksa menanggung kesakitan kira-kira sejam sebelum diselamatkan anggota bomba.

Tangan Tersangkut Dalam Jamban Kerana Pemetik Api

Media tempatan melaporkan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnuddin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.18 petang sebelum tiba bagi melakukan kerja memotong bahagian saluran najis itu.

“Ketika operasi dijalankan mangsa dalam keadaan stabil. Setelah memotong dan memecah batu saluran najis itu tangan lelaki berkenaan dapat dikeluarkan bersama salur paip tersebut.

“Anggota bomba menggunakan beberapa peralatan khas iaitu mesin pemotong besi dan batu sebelum mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dalam tempoh kira-kira 20 minit,” katanya.

Beliau berkata, mengikut keterangan mangsa ketika kejadian dia hanya berseorangan di rumah sebelum menjerit meminta bantuan jirannya selepas tangannya tersangkut.

Jiran yang terdengar jeritan mangsa kemudiannya menghubungi bomba.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk menerima rawatan selanjutnya. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: Pemetik ApiTanganTERSANGKUT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Wanita Tersangkut Pada Mata Pancing

Mayat Wanita Tersangkut Pada Mata Pancing

15/11/2024
0

KOTA BHARU: Mayat seorang wanita ditemukan terapung di tebing sungai selepas tersangkut di mata kail yang dipasang pada batang taut...

Ibu, Anak Tergantung 15 Minit, Flying Fox Tersangkut

Ibu, Anak Tergantung 15 Minit, Flying Fox Tersangkut

09/09/2024
0

SHAH ALAM - Seorang wanita bersama anaknya berdepan detik cemas apabila tersangkut hampir 15 minit ketika menjalankan aktiviti flying fox...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd