• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Berat Malaysia Pada Aksi Timbal Balik Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
18/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Final pertama kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 di antara Thailand dan Malaysia di sini, malam tadi menyerlahkan banyak kelemahan ketara yang perlu diperbaiki skuad Harimau Malaya menjelang aksi timbal balik Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Kekalahan 0-2 kepada skuad Gajah Perang kendalian bekas pemain antarabangsa Thailand, Kiatisuk Senamuang, di Stadium Nasional Rajamangala seperti menyukarkan peluang Harimau Malaya untuk muncul juara buat kali kedua selepas 2010.

Dua gol Thailand dihasilkan pada perlawanan itu dijaringkan oleh penyerang kelahiran Switzerland, Charyl Yannic Chappuis menerusi sepakan penalti pada minit ke-71 dan pemain tengah, Thawikan Kroekrit pada minit ke-82.

Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya pada 2010 ketika di bawah kendalian bekas jurulatih, Datuk K. Rajagobal, selepas mencatat kemenangan agregat 4-2 ke atas Indonesia menerusi format timbal balik.

Banyak faktor yang dikaitkan dengan kekalahan perlawanan semalam, yang disaksikan hampir 48,000 penyokong termasuk 1,500 penyokong Malaysia yang sanggup datang ke kota raya ini untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

Antara faktor kelemahan yang dikenal pasti ialah tiadanya komunikasi antara bahagian pertahanan dengan penjaga gol skuad negara, Mohd Farizal Marlias terutamanya pada babak kedua sehingga memudahkan jentera serangan pihak lawan mudah mencuri bola dan melakukan percubaan berbahaya.

Selain itu, bahagian tengah negara yang diketuai oleh Safiq Rahim seolah-olah hilang punca kerana sering dibayangi oleh corak permainan pantas pemain tengah Thailand bertubuh kecil, Chanathip Songkrasin yang menjadi nadi penggerak pasukan tuan rumah itu.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh, sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak dan tidak mustahil skuad negara kembali bangkit mencatatkan kemenangan pada aksi timbal balik nanti.

Buktinya, skuad negara kalah 2-1 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada 7 Dis lepas sebelum bangkit melakar kemenangan 4-2 pada aksi timbal balik di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, empat hari kemudian untuk mara ke final dengan kemenangan agregat 5-4.

Penyerang veteran skuad negara, Mohd Safee Mohd Sali yang ditemui pemberita selepas perlawanan itu turut senada bahawa tiada apa yang mustahil dalam bola sepak dan yakin skuad Harimau Malaya kembali ‘mengaum’ pada aksi timbal balik, Sabtu ini.

“Seperti apa pernah jurulatih katakan sebelum ini, jika Thailand boleh melakukan di halaman sendiri, kenapa tidak kami? Bagi saya, ia tidak mustahil.

“Kalau kita bermain sebagai satu pasukan, mustahil Thailand dapat menembusi pintu gol kita,” jelas penyerang kelab Johor Darul Ta’zim itu.

Berkongsi nada yang sama ialah kapten skuad kebangsaan, Muhammad Shukor Adan yang mengharapkan penyokong bola sepak negara dapat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memastikan misi 2010 dapat diulangi.

“Penyokong mengharapkan sesuatu pada perlawanan ini dan kami gagal, jadi kami harap penyokong dapat terus memberikan sokongan moral kepada pasukan pada aksi kedua nanti.

“Dengan sokongan moral para penyokong, Insya-Allah, kita akan cuba beri persembahan yang terbaik,” jelas kapten kelab Felda United FC itu.

Sehubungan itu, sokongan padu puluhan ribu penyokong skuad Harimau Malaya amat ditagih pada aksi timbal balik bagi memastikan kejayaan 2010 dapat diulangi.- BERNAMA

Tags: Piala Suzuki AFF
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

Kenangan Semi Final Piala AFF 2014 Di Hanoi Jadi Inspirasi Farizal

14/12/2018
0

HANOI – Istilah yang selalu didengari dalam bola sepak, ‘bola itu bulat, macam-macam boleh jadi’. Itulah yang berlaku pada kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd