• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baik Punya Kang Gary ‘Pekena’ Cendol Penang

oleh Ahmad Albab
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK Mei lalu, akaun Instagram milik bekas ahli program Running Man terus dibiarkan kosong tanpa sebarang entri selepas beberapa insiden dan kontroversi mengenai dirinya diperkatakan media massa.

Sehinggalah pada tanggal 19 Jun lalu, Kang Gary kembali memuatnaik sekeping gambar berlatar panaroma pantai di Hawaii yang sekali gus pasti menggembirakan hati 3.1 juta pengikutnya.

Terbaru sejak Isnin, figura tersohor ini berada Pulau Pinang, dalam usaha mempromosikan misi konsert solo pertamanya di Malaysia pada tarikh yang belum dinyatakan selepas pembatalan konsert tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 21 Mei lepas.

Selama berada di Pulau Pinang, Gary dilihat memuatnaik beberapa keping gambar di Instagramnya @kang_gary8888 yang antara lain menunjukkan dia sedang menikmati cendol dengan kapsyen: #cendol #penang.

Oh! Rupa-rupanya Kang Gary ni penggemar cendol!

Buktinya pada hari berikutnya, dia sekali lagi memuatkan gambar sedang menikmati cendol di sebuah restoran dengan kapsyen ‘cendol love’ di mana gambar tersebut menarik lebih 6,000 komen dengan 290 ribu tanda suka (Like).

Baik Punya Kang Gary 'Pekena' Cendol Penang
Kang Gary sedang menikmati cendol.

Antara komen yang ditinggalkan peminat yang rata-ratanya dari Malaysia dan Indonesia bertulis;

@aniswana: Wah Gary suka makan cendol lah!

@aimeeaqilah: Ni kalau orang tak kenal hang mesti ingat u local chineese hahaha…

@_una_05: Gary, you must try rendang and ketupat juga.

Malah pada entri berikutnya, sekeping gambar dia sedang mengayuh beca sambil membawa seorang pakcik (pemilik beca) sedang bersiar-siar turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menyifatkan pakcik tersebut sangat beruntung.

@hadfa: Pindah sini je la bang oii…

@Ainnradak: Untungnya pakcik tu. Tapi aku rasa dia tak kenal Kang Gary hahaha…

@whatforlibby: Best tak Malaysia bang?

Selama berada di Pulau Punang, Kang Gary sempat bersiar-siar di sekitar Georgetown tanpa diawasi pengawal peribadi selain turut mengambil peluang melalui laluan berkaca Rainbow Skywalk di Menara Komtar.

Sebuah video berdurasi 18 saat dimuatnaik Gary saat melalui Rainbow Skaywall turut mengundang rasa gayat netizen yang dikongsi pada ruangan komen.

Wahh, nampaknya Kang Gary begitu enjoy selama berada di Pulau Pinang! Adakah beliau akan menjadikan Malaysia sebagai ‘rumah kedua’ selepas ini? Kita tunggu saja. – mStar Online

Tags: Kang GaryPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd