• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mati Didera: Polis Buru Lelaki Warga Afrika

oleh Ahmad Albab
29/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki warga Afrika bagi membantu siasatan kes kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis lepas, dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid berkata lelaki berkenaan merupakan teman lelaki ibu mangsa dan dikenali sebagai  Ebiziem Afeanyi Stephen, 31.

Beliau berkata suspek berjaya meloloskan diri ketika polis menahan ibu mangsa yang berusia 28 tahun itu di Bayan Baru, Pulau Pinang pada Jumaat lepas.

“Kami percaya lelaki itu dapat membantu polis melengkapkan siasatan kes ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Ruslan berkata tempoh reman ibu mangsa yang tamat  esok dijangka disambung bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tersebut.

Ibu mangsa yang tidak bekerja itu mempunyai dua lagi anak, masing-masing lelaki berusia dua tahun dan lima bulan yang kini di bawah jagaan pihak hospital.

“Tiada kesan cedera atau tanda-tanda mereka berdua didera,” kata Ruslan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-90516222 atau balai polis berhampiran.

Media sebelum ini melaporkan ibu mangsa dan teman lelakinya menghilangkan diri  setelah meninggalkan kanak-kanak itu dalam keada­an tidak sedarkan diri di sebuah hospital swasta di Cheras pada 20 Jun lalu.

Mangsa yang patah tangan serta mengalami pendarahan otak kemudian dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Dalam perkembangan lain, Ruslan berkata polis menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu satu kumpulan yang terlibat dalam kes samun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama di sini, yang mengakibatkan kerugian sekitar RM2.5 juta pada Khamis lepas.

“Mereka mahir dan profesional… mereka terlibat dengan kes samun di Kuala Lumpur dan juga Selangor,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, empat lelaki yang memakai topi keledar serta rompi dan dipercayai bersenjatakan pistol telah masuk ke dalam kedai emas di pasar raya tersebut dan melarikan  lebih  10 dulang barang kemas yang diletakkan di rak pameran. – BERNAMA

Tags: Derakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd