• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pecah Rumah Ketika Musim Raya Ditahan

oleh Ahmad Albab
30/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya enam kes pecah rumah di Apartment Permata, Bandar Perda di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata suspek berusia 36 tahun itu  ditahan dalam serbuan ke sebuah unit di pangsapuri sama kira-kira 1 tengah hari semalam.

“Polis menerima laporan berhubung kes pecah rumah membabitkan penghuni yang pulang berhari raya  di kawasan apartmen itu dan bertindak hasil maklumat serta risikan kami menyerbu kediaman disewa lelaki berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah lelaki yang berasal dari Seri Manjung, Perak itu polis menemui pelbagai peralatan elektrik antaranya televisyen, radio dan  pemanas air serta barang kemas dan pakaian yang dipercayai dicuri,” katanya di sini hari ini.

Katanya suspek dipercayai melakukan kegiatan itu dalam tempoh tiga hari bermula 24 Jun selepas memantau unit-unit yang penghuninya pulang ke kampung untuk berhari raya.

Nik Ros Azhan berkata suspek masuk ke rumah mangsa dan mencuri pelbagai barangan termasuk kuih raya, baju serta kasut yang ditinggalkan penghuni.

“Berdasarkan siasatan, lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu turut terlibat beberapa kes pecah rumah lain di sekitar daerah SPT sejak awal tahun ini. Kami turut merampas pelbagai peralatan pecah rumah antaranya pemutar skru,” katanya.

Katanya lelaki yang positif dadah itu juga kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Sekyen 457 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

10/07/2023
0

PONTIAN: Bekas pemain bola sepak dan rakannya yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah pada minggu lalu,...

Geng Pecah Rumah Dan Samun Tumpas

28/12/2018
0

PORT DICKSON - Polis menumpaskan kumpulan pecah rumah, curi dan samun yang dikenali 'Geng Dini' ekoran penahanan tiga lelaki di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd