BULAN Syawal tak sah kalau tak dipenuhi dengan pelbagai undangan rumah terbuka dari sanak saudara dan juga rakan taulan.
Jika berkunjung ke rumah orang untuk beraya, adab dan tingkah laku perlu dijaga sesuai dengan budaya orang Melayu yang terkenal dengan sopan-santunnya.
Namun, baru-baru ini chef selebriti no.1 negara, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan ada menulis mengenai isu mengenai tingkah laku sebilangan ibu bapa yang tidak pandai mendidik dan menjaga anak kecil mereka ketika dibawa beraya.
Dalam entri di Instagram, Chef Wan menulis, “Setiap Hari Raya saya pasti ada masalah all this Rendang atau kuah kacang yg leave a stain on my dining chair.
“My bro kata ada guests tadi anaknya jatuhkan di atas kerusi. Over the years mcm2 tetamu yg ziarahi kami at times yg anak2 mereka yg kecil main2 ramas kueh dan tabur2 atas lantai mak bapak kisah pun tidak.
“Off course saya akan tegur mcm saya tegur some guests yg ambil cakes dan cookies and left on the plate with out eating them.
“Saya tegur mereka and said jika tak nak makan jangan membazir makanan mcm tu.
This goes with adults mau pun kanak2. Ramai lagi yg nak menjamunya lagi.
“Emak pernah tegur saya tegur anak2 tetamu as she said nanti mereka kecil hati. I told my mother guests yg behave that manner need to be told otherwise that bad habits mereka bawa ke rumah orang lain.
“I dont believed in sweeping all that issue under the carpet and later mengata behind mereka kerana kita tak suka apa yg mereka laku kan.
“Saya suka tegur depan2 secara baik.
“I rather not have such a guests that does not learned how to menghormati rumah tetamu mereka. Segala adap nak masuk kerumah orang mereka mesti pelihara dgn baik. Saya pantang juga org bila datang kerumah saya suka meraba itu dan ini. Ada yg sering suka tanya berapa harga itu dan ini,” tulis Chef Wan di laman sosialnya itu.
Menurut Chef Wan dia lebih suka menegur ibu bapa berkenaan secara berhadapan daripada bermuka-muka dengan mereka.
Ada betulnya kata-kata Chef Wan ni kan…
Ibu bapa perlulah lebih peka dengan tingkah laku anak masing-masing ketika bertandang ke rumah orang.
Jangan malas nak tegur dan didik anak-anak. Ini pun untuk kebaikan anak-anak itu juga di kemudian hari.
Lepas ini, bila anak buat perangai je, terus tegur ya para ibu dan bapa di luar sana! – MYNEWSHUB.CC

