• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Sabah Diminta Elak Terlibat Dengan Daesh

oleh Ahmad Albab
29/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat meminta agar rakyat di negeri ini sentiasa berhati-hati supaya tidak terlibat dengan militan Daesh yang semakin berleluasa.

Beliau berkata militan berkenaan hanya menyebabkan huru-hara sehingga mengganggu keharmonian negara.

“Oleh itu kita perlu berhati-hati dan jangan sesekali terpengaruh dengan Daesh dan kita juga perlu bersama-sama untuk membantu anggota keselamatan negara dalam usaha membanteras kegiatan militan itu,” katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya di kediamannya di sini hari ini, yang turut dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung pelbagai kaum.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali; Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia Tawau, Krishna Djelani; Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho.

Mengenai rumah terbuka anjurannya Hamisa yang juga ADUN Tanjong Batu berkata ia bukan sahaja dapat memperkukuhkan hubungan kekeluargaan tetapi mengeratkan lagi hubungan antara sahabat handai dan jiran tetangga di daerah berkenaan.

“Aidilfitri ini bukan hanya diraikan oleh umat Islam. Sebenarnya ia sudah menjadi budaya bahawa perayaan ini turut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd