• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dollah Masih Yakin Dapat Atasi Defisit 2-0 Di Bukit Jalil

oleh Ahmad Albab
18/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, Dollah Salleh tetap bernada yakin dapat menebus kekecewaan terhadap juara hatrik Thailand pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Biarpun ketinggalan 2-0 pada final pertama di sini, malam ini, beliau berkata bermain di hadapan ribuan penyokong Malaysia di gelanggang sendiri akan menyuntik semangat anak buahnya untuk mengatasi defisit serta mengulangi kejayaan 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.

“Kami masih ada peluang 90 minit lagi. Walaupun bukan mudah pada aksi kedua selepas kalah 2-0 tetapi dalam bola sepak apa pun boleh berlaku.

“Saya yakin kami boleh melakukan dengan lebih baik di Bukit Jalil,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengenai perlawanan malam ini, katanya pemberian penalti kepada Thailand oleh pengadil Uzbekistan, Kovalenko Valentin, pada pertengahan babak kedua perlawanan menjadi titik malang bagi pemain yang cuba sebaik mungkin untuk mencari gol penyamaan.

“Penalti yang tidak dijangka itu telah merosakkan semua perancangan,” kata Dollah yang memuji barisan muda Thailand yang bertindak cemerlang.

Berkongsi pandangan yang sama adalah kapten pasukan Muhammad Shukor Adan yang menyifatkan penalti yang diraih Thailand pada pertengahan babak kedua perlawanan telah mengubah tempo perlawanan.

Selain itu, beliau mengakui keupayaan skuad ‘Gajah Perang’ itu menguasai bahagian tengah turut menjadi punca kegagalan mereka mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri.

“Kita nak menyalahkan sesiapapun tidak berguna juga kerana perkara tersebut (penalti) dah berlaku. Apapun, kita kena fokus pada final kedua.

“Defisit dua jaringan nampak agak mustahil namun kita akan berjuang habis-habisan bagi baki 90 minit lagi di Bukit Jalil,” kata Muhammad Shukor yang turut meminta maaf kepada penyokong di atas kekalahan tersebut.

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang, memuji anak buahnya yang menampilkan aksi hebat di hadapan ribuan penyokong mereka serta turut memuji skuad Harimau Malaya kerana memberi saingan yang sengit.

“Kami lebih bermain rentak bertahan dan kadang kala melakukan serangan tetapi yang penting sekali pengadil melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun beberapa keputusan yang boleh dipersoalkan,” kata bekas pemain antarabangsa Thailand itu.

Katanya beliau tidak gentar berdepan dengan ribuan penyokong Malaysia pada aksi final kedua nanti dan yakin pasukannya akan merangkul kejuaraan dwitahunan itu buat kali keempat selepas 1996, 2000 dan 2002. – BERNAMA

Tags: Dollah SallehPiala Suzuki AFF
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dollah Salleh Kemalangan

18/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang...

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd