• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemarau: Bomba Sarawak Tingkat Tahap Siap Siaga

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Bomba dan Pnyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi ancaman kebakaran hutan dan tanah gambut berikutan cuaca panas dan kering dijangka melanda negara mulai sekarang ini sehingga September.

Pengarahnya, Nor Hisham Mohammad berkata di Sarawak, kawasan yang sering menjadi perhatian adalah di bahagian Miri, apabila cuaca kering sering mengakibatkan berlaku kejadian kebakaran hutan yang agak sukar dikawal terutama di kawasan tanah gambut.

Beliau berkata dalam tempoh ini pihaknya akan meningkatkan pemantau di lapangan, di samping bekerjasama rapat dengan lain-lain agensi terbabit bagi memastikan setiap kes pembakaran hutan dapat dikesan lebih awal untuk diambil tindakan pantas sebelum ia menjadi semakin serius.

Menurutnya, pihak bomba sentiasa meninjau pola kes-kes kebakaran dalam tempoh musim kemarau dengan menerima lebih daripada 20 kes kebakaran dalam sehari.

Justeru, katanya ,pihaknya akan membuka bilik gerakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan paling banyak berlaku kejadian kebakaran.

Katanya, rekod paling tinggi yang pernah dicatat menjangkau sehingga 62 laporan kes kebakaran sehari, yang pernah berlaku pada tahun 2015.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri, Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, baru-baru ini, yang berkata fenomena kemarau diramal melanda Sarawak antara hujung Mei dan September ini, dengan kawasan yang sering terjejas adalah bahagian Miri, Betong dan Mukah.

Nor Hisham berkata pihaknya mempunyai prosedur operasi standard untuk menangani sebarang kejadian berkaitan kebakaran di bahagian Miri kerana bahagian ini sering merekodkan banyak kes kebakaran semasa cuaca kering.

Katanya, dalam tempoh ini biasanya pihak bomba akan meningkatkan jumlah anggota di lapangan, di samping meningkatkan tinjauan udara bagi mengesan kes-kes kebakaran yang berlaku berhampiran dengan kawasan awam.

“Jika kebakaran dikesan berlaku di kawasan ladang, biasanya kami akan maklumkan kepada pihak pengurusan ladang terbabit, kerana mereka ada pasukan memadam kebakaran sendiri untuk mengawal kebakaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd