• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

US Lulus Jualan Pesawat C-17 Kepada India

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Amerika Syarikat meluluskan penjualan pesawat pengangkut  Boeing C-17 kepada India, dalam perjanjian berpotensi bernilai US$366.2 juta.

Pembelian itu akan membantu Angkatan Udara India, yang telah menggunakan pesawat yang sama, untuk mengembangkan kemampuan tempur udaranya.

Pada Isnin, Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Pentagon berkata Jabatan Negara membuat keputusan meluluskan penjualan tersebut.

“Cadangan penjualan itu akan menyumbang kepada dasar luar dan keselamatan negara Amerika Syarikat dalam membantu mengukuhkan hubungan US-India, selain meningkatkan keselamatan rakan penting yang telah dan akan terus menjadi kuasa penting dalam kemajuan ekonomi dan kestabilan di Asia Selatan,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Ia berkata kerajaan India memohon satu pesawat pengangkut C-17 dengan empat enjin turbofan, sistem amaran peluru berpandu, sistem tindak balas, sistem pengenalan rakan atau transponder musuh serta sistem lain.

Pengumuman itu bertepatan dengan kunjungan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Amerika Syarikat, serta kelulusan jualan $2 bilion bagi  22 pesawat Guardian ke India.

Modi dan Presiden US Donald Trump mengkaji semula hubungan Indo-US pada Isnin dan membincangkan kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang ekonomi dan keselamatan.

Trump juga menggesa India menyediakan akses pasaran yang lebih baik kepada syarikat-syarikat Amerika.

“Halangan perlu dimansuhkan ke atas eksport barangan US ke pasaran negara anda, dan kami akan mengurangkan defisit perdagangan dengan negara anda,” katanya.

Dagangan dua hala India-US bernilai kira-kira $115 bilion setahun. – BERNAMA

Tags: pesawat pengangkut Boeing C-17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd