• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keindahan dan keunikan seni bina Islam Masjid Putra di sini yang dikatakan seolah-olah seperti Masjid Biru di Istanbul, Turki menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Dianggarkan kira-kira 2,000 pengunjung melawat masjid yang terletak di Presint 1 itu setiap hari dengn puluhan bas pelancong dan van sewa parkir di sekitar masjid selain pengunjung wanita  beratur untuk memakai jubah berwarna merah hati sebelum memasuki perkarangan masjid.

Seorang pelancong dari Indonesia, Mohd Budi C Lubis yang sedang bercuti bersama keluarganya di Malaysia bermula hari ini menyifatkan Masjid Putra yang berwarna merah jambu sebagai menarik dan unik kerana ia merupakan sebuah masjid yang seakan-akan menyerupai Masjid Biru di Turki

“Masjid Putra ini amat menakjubkan kerana memiliki seni bina reka bentuk yang amat mengagumkan. Lebih-lebih lagi ciri-ciri seni binanya yang menggabungkan unsur tradisional Melayu dan Timur Tengah. Inilah kali kedua saya melawat masjid ini bersama keluarga saya.

“Ia sungguh cantik dan menawan. Rasa sungguh tenang dan nyaman, katanya kepada Bernama.

Bagi seorang pelancong dari China, Han Dongyin, 47, kunjungan ke Masjid Putra membuka mata beliau dan rakan-rakannya untuk melihat lebih dekat keunikan masjid di Malaysia.

“Ini merupakan kali pertama saya memasuki masjid. Saya tertarik dengan keunikan seni bina dan hiasan dalaman masjid.

“Walaupun terdapat masjid di China tetapi kami (bukan Islam) tidak dibenarkan untuk masuk. Kunjungan ke Masjid Putra merupakan satu pengalaman yang unik dan membolehkan saya memahami agama Islam di Malaysia,” katanya.

Sementara itu seorang penyambut tetamu Masjid Putra, Mohd Bakri Wahab berkata setiap hari seawal 8.30 pagi, kereta dan deretan bas-bas pelancong mula memasuki perkarangan Dataran Putra membawa pelancong dari luar negara untuk menyaksikan sendiri Masjid Putra yang terletak bersebelahan Pejabat Perdana Menteri.

“Setiap hari kita menerima lebih 2,000 pelancong dan orang tempatan melawat Masjid Putra. Cuma semalam orang ramai tidak dibenarkan melawat di dalam Masjid kerana kita mengadakan beberapa majlis berkaitan Sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Menurut seorang pemandu pelancong. June Abdullah, sepanjang pengalaman beliau selama sembilan tahun bertugas sebagai pemandu pelancong, Putrajaya merupakan destinasi utama yang ingin dilawati para pelancong asing dan antara tempat yang wajib dilawati ialah Jambatan Wawasan, Masjid Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Pejabat Perdana Menteri.

Selain Masjid Putra, Taman Botani merupakan satu lagi destinasi tumpuan orang ramai di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

Tinjauan Bernama mendapati taman yang terletak di Presint 1 itu merupakan lokasi pilihan orang ramai untuk berkelah, berbasikal dan berlari.

Ketua Pengawal Taman Botani, Mohd Yuhana Abdul Razak berkata ratusan pengunjung akan beriadah di sini untuk menikmati kehijauan dan keindahan alamnya.

Pengurus Komunikasi Pasaran Hotel Dorsett Putrajaya, Kim Lee memaklumkan bahawa kadar penginapan di hotel itu adalah pada purata 61 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri berbanding kepada 75 peratus pada hari-hari biasa, sementara Hotel Pullman Putrajaya Lakeside mencatat rekod penginapan 98 peratus pada hari ini. – BERNAMA

Tags: Pelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Itu eSIM Dan Kenapa Ia Menjadi Pilihan Utama Pelancong Masa Kini

Apa Itu eSIM Dan Kenapa Ia Menjadi Pilihan Utama Pelancong Masa Kini

05/08/2026
0

Pada masa kini, perjalanan antarabangsa menjadi jauh lebih mudah. Anda boleh menempah penerbangan, penginapan, pengangkutan, dan menggunakan peta semuanya secara...

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd