• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tips Makanan Bersih, Selamat Musim Perayaan

oleh Ahmad Albab
27/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM kita sibuk menghidangkan makanan kepada keluarga, sanak saudara dan para tetamu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, jangan dilupakan aspek yang paling penting yang harus diberi perhatian iaitu keselamatan makanan semasa musim perayaan di rumah.

Kebersihan dan keselamatan makanan pastinya dijamin sekiranya anda mengikuti beberapa tips yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini.

Pertama sekali, hal kebersihan diri tidak boleh dipandang enteng oleh si penggendali makanan.

Si pengendali makanan atau tukang masak sesuatu hidangan itu perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri antaranya memakai penutup kepala dan tangan perlulah dibersihkan terlebih dahulu dan sebaik-baiknya dipotong pendek apabila anda menggendalikan makanan.

Selesai memasak hidangan raya yang pastinya sedap, lazat dan memikat selera perut, jangan lupa simpan masakan anda pada suhu yang selamat. Jangan biarkan lauk-pauk anda terdedah tanpa ditutup dengan tudung saji.

Selain itu, anda digalakkan untuk menghidang masakan dalam tempoh empat jam selepas dimasak. Ini kerana dalam tempoh empat jam sahaja bakteria boleh mencapai ratusan ribu ekor jika masakan tadi tidak disimpan di dalam peti sejuk.

Untuk memastikan makanan anda sekeluarga selamat dan bersih, ia perlu dimasak dengan sempurna. Sekiranya anda merebus daging, pastinya cukup masa untuk merebusnya, jangan angkat selagi ia tidak masak sepenuhnya bagi elak sebarang keracunan makanan disebabkan masakan yang tidak sempurna.

Jadi, fokus lebih di bahagian ini ya.

Penggendalian bahan mentah dengan betul juga memainkan peranan penting dalam memastikan masakan bersih dan selamat. Bahan mentah perlulah bersih dan dibasuh dengan sebaiknya bagi membuang sisa kotoran yang terdapat padanya.

Sebagai contoh, bilas sayur anda dengan sebaiknya untuk membuang pasir-pasir di akar sayur. Gunalah periuk, kuali jenama mahal sekali pun, kalau peralatan yang digunakan itu tidak bersih, tak boleh jadi juga kan. Jadi buat si ibu gunakan peralatan memasak yang bersih bagi menjamin kebersihan anda sekeluarga ya.

Basuh bersih-bersih semua peralatan terlebih dahulu ok!

Langkah keselamatan seterusnya, elakkan pemanasan yang berulang kali. Ini kerana jika lauk dipanaskan berulang kali ia berkemungkinan akan menghilangkan nutrisi makanan tersebut.

Untuk jaga kebersihan, jangan simpan lebihan makanan yang telah diusik. Ini kerana ia lambat laun akan basi dan tidak lagi boleh dimakan. Penyediaan makanan memerlukan air dan ais yang bersih. Pastikan kedua-dua sumber tersebut bersih agar tidak membawa musibah kepada keluarga anda kelak.

Tips terakhir yang boleh dikongsikan, selepas sesi makan-makan, jangan lupa untuk terus membuang segera sisa makanan. Persekitaran yang kotor boleh menyebabkan kehadiran makhluk perosak. Makhluk perosak seperti lalat, tikus dan lipas adalah pembawa penyakit taun, leptospirosis (kencing tikus) dan keracunan.

Macam mana tips yang dikongsikan? Cukup mudah untuk diikuti kan… Jadi, jangan lupa untuk amalkan demi menjamin keselamatan makanan anda sekeluarga di rumah semasa musim perayaan ini.

10 tips ringkas amalan gaya hidup sihat di rumah demi memastikan keselamatan makanan ketika perayaan:

Tips ini disediakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selamat menjamu selera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.⁠⁠⁠⁠ – MYNEWSHUB.CC

Tags: keselamatan makananKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd