• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

V Shem/Wee Kiong, Nicol David Dinobat Olimpian 2014

oleh Ahmad Albab
17/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beregu badminton negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong serta ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai Olimpian Lelaki dan Wanita 2014 Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.

Beregu tersebut dipilih atas pencapaian dua pingat emas dalam acara berpasukan dan beregu di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan dua pingat gangsa dalam acara sama pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

V Shem dan Wee Kiong menjadi beregu badminton negara keempat merangkul anugerah tersebut selepas Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock (1996), Chong Tan Fook/Lee Wan Wah (2000) dan Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong pada 2006.

Nicol pula merangkul gelaran ketiganya selepas 1998 dan 2010.

Nicol pula menjadi pilihan Jawatankuasa Anugerah MOM pada tahun ini apabila memenangi dua pingat emas individu dan berpasukan di Sukan Asia dan satu emas acara berpasukan di Sukan Komanwel.

Bagaimanapun, Nicol tidak dapat hadir pada majlis penyampaian tersebut kerana bersaing pada Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 di Mesir.

Anugerah itu diterima oleh Naib Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Linda Geh manakala Wee Kiong mewakili V Shem.

Kedua-dua anugerah itu masing-masing membawa ganjaran RM10,000 dan pingat khas oleh penaja Coca-Cola yang disampaikan oleh Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar.

Sementara itu, Wee Kiong menyifatkan pengiktirafan itu sebagai suntikan semangat kepada gandingan itu untuk terus maju dan melayakkan diri ke Sukan olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Katanya kerjasama dan komunikasi yang baik antara beliau dan V Shem bakal menjadi kunci kejayaan mereka pada Sukan Olimpik 2016.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengurus Besar Coca-Cola bagi rantau Singapura-Malaysia-Brunei, Gill McLaren.

Anugerah Olimpian adalah acara tahunan yang dianjurkan MOM sejak 1993 untuk mengiktiraf pencapaian atlet lelaki dan wanita negara. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd