• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Tahan 41 Suspek Serangan 24 Mei

oleh AK-47
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Polis Indonesia menahan seramai 41 suspek militan berhubung siasatan kes pengeboman bunuh diri 24 Mei lalu di Jakarta yang menyebabkan tiga anggota polis terbunuh dan enam yang lain cedera, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Jurucakap polis Mejar Jeneral Setyo Wasisto berkata sembilan daripada yang ditahan dinamakan sebagai suspek serangan di terminal bas Kampung Melayu, Jakarta Timur, yang menyasarkan anggota polis. Lima daripada mereka bagaimanapun dibebaskan kerana kekurangan bukti.          Menurut Wasisto, penahanan suspek dibuat di beberapa lokasi termasuk Jakarta, Jawa Barat, Banten, Pulau Sumatera dan Nusa Tenggara Barat.

Katanya, penahanan terbaharu dibuat pada Rabu lalu di Banten, empat hari selepas pihak polis menggagalkan cubaan militan menyerang balai polis di bandar Bima, Nusa Tenggara Barat.

Operasi penahanan suspek juga dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada insiden tidak diingini berlaku menjelang Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam hujung minggu ini.

Indonesia sebelum ini digegarkan dengan beberapa siri serangan melibatkan pengeboman bunuh diri yang dikaitkan dengan militan Daesh.

– BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KWAP Rugi Ditipu RM200 Juta, Kerajaan Digesa Bentang Laporan Penuh Pelaburan eFishery

KWAP Rugi Ditipu RM200 Juta, Kerajaan Digesa Bentang Laporan Penuh Pelaburan eFishery

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa membentangkan laporan lengkap kepada Parlimen berhubung pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam...

PH Bawa Naratif Sedih Syahdu Dalam PRN Negeri Sembilan?

PH Bawa Naratif Sedih Syahdu Dalam PRN Negeri Sembilan?

17/07/2026
0

SEREMBAN – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pendokong Pakatan Harapan (PH) dilihat mula membawa naratif yang lebih menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd