• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Penerangan Ulama PAS Dangkal, Kata DAP

oleh Ahmad Albab
17/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali membuat kenyataan dangkal apabila menuduh teguran DAP kepada PAS tentang isu hudud menghalang hak demokrasi PAS dan punca hubungan pakatan pembangkang.

Naib Pengerusi DAP Bandar Utama, Edry Faizal berkata, DAP sejak awal menerima terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan parti komponen pakatan pembangkang tetapi ia dapat disatukan dengan dasar bersama pakatan pembangkang.

“Dasar itu satu titik temu nilai-nilai yang dikongsi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS bagi menjamin perpaduan. Sebuah dokumen pemuafakatan yang meletakkan matlamat yang disepakati kesemua parti dalam pakatan.

“Setiap parti berhak mengembangkan wacana ideologi masing-masing. DAP tidak pernah mencampuri urusan itu. Tetapi apabila kepentingan persendirian PAS sudah mula memasuki urusan dasar, sedangkan kepentingan itu tiada di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat, sudah tentu DAP perlu memberikan teguran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Edry mempersoalkan bagaimana teguran DAP ke atas PAS itu boleh meretakkan hubungan pakatan pembangkang berbanding PAS yang mengenepikan dasar yang disepakati bersama pakatan pembangkang.

Tegasnya, Mohd. Khairuddin tidak sepatutnya menyalahkan DAP jika beliau faham demokrasi kerana demokrasi bukan bermakna selepas rakyat memilih parti untuk menjadi kerajaan maka parti itu boleh berbuat sesuka hati tanpa mempedulikan suara rakyat termasuk golongan minoriti.

“Mohd. Khairuddin sendiri mengakui bahawa manifesto ketika pilihan raya umum lepas berasaskan dasar bersama pakatan pembangkang yang didalamnya tidak ada menyebut tentang hudud. Jadi jika sudah mengakui, mengapa perlu menembak kaki sendiri,” soal beliau.

Tags: DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd