• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nancy Yakin SPAD Amal Tadbir Urus Tahap Tinggi

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yakin Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan sentiasa mengamalkan tahap tadbir urus tertinggi melalui komitmen Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Azharuddin Mat Sah dan pasukan pengurusan SPAD.

Nancy yang merupakan menteri bertanggungjawab mengendalikan urusan SPAD berkata, Pemangku Pengerusi suruhanjaya itu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam kapasiti pengerusi bukan eksekutif, memainkan peranan mempengerusikan mesyuarat anggota suruhanjaya bagi memastikan hala tuju strategik seperti mana yang terkandung dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara.

“Segala aspek pentadbiran dan pengurusan suruhanjaya, termasuk operasi, perancangan, pelesenan serta penguatkuasaan adalah di bawah pentadbiran Ketua Pegawai Eksekutif dan barisan pengurusan SPAD.

“Saya percaya momentum dan semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam budaya kerja SPAD akan terus diperhebatkan lagi bagi memastikan transformasi pengangkutan awam darat dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beberapa portal berita melaporkan pelantikan Isa sebagai Pemangku Pengerusi SPAD yang diumumkan pada 19 Jun lepas mendapat kritikan susulan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) semasa Isa menyandang jawatan Pengerusi FGV.

Nancy berkata SPAD merupakan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang jelas menggariskan bidang kuasanya.

Menurutnya sebagai sebuah suruhanjaya, Kerajaan telah pun memastikan terdapat sistem semak dan imbang dalam pelaksanaan semua aktiviti dan operasi SPAD.

“Malah jawatankuasa audit suruhanjaya serta bahagian undang-undang akan memastikan pihak pengurusan sentiasa mematuhi dan mengikuti tadbiran dan keperluan perundangan terkini ketika menjalankan tugas mereka,” katanya.

Tambah Nancy sejajar dengan peranan SPAD sebagai sebuah badan perancang yang profesional dan proaktif serta pengawal selia industri, SPAD mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang teratur dan terperinci.

Beliau berkata kerajaan juga telah menetapkan garis panduan serta mekanisme kawalan bagi pelaksanaan projek-projek infrastruktur untuk membangunkan pengangkutan awam darat dengan telus, amanah dan berintegriti. – BERNAMA

Tags: Nancy ShukriSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd