• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah 36 Keluarga Rosak Akibat Ribut

oleh AK-47
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Tatkala umat Islam sedang membuat persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang dua hari lagi, 36 keluarga di daerah ini sedang berduka apabila rumah mereka rosak dalam kejadian ribut petang semalam.

Kejadian pada 4.45 petang semalam itu menyebabkan kebanyakan rumah penduduk dari 20 kampung mengalami kerosakan akibat tercabut bumbung sekali gus turut menyebabkan persiapan raya dan perabot rosak akibat terkena air hujan.

Seorang penduduk, Sufian Saman, 55, berkata kejadian berlaku sangat pantas dan tidak sampai setengah jam selepas hujan lebat, ribut melanda rumahnya menyebabkan hampir keseluruhan atap rumah diterbang angin.

“Semasa kejadian saya berada di dalam rumah bersama lima lagi anggota keluarga termasuk anak, menantu dan cucu berusia dua tahun. Sebaik mendengar deruan angin kuat berserta guruh, saya segera menyuruh anggota keluarga supaya ke bahagian dapur untuk berlindung.

“Hanya sekelip mata selepas itu, bumbung rumah saya tercabut satu persatu diterbangkan angin sehingga kami sekeluarga terpaksa tidur berbumbungkan langit semalaman,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Belengu di sini, hari ini.

Sufian yang juga penoreh getah berkata, beberapa persiapan hari raya dan barangan elektrik turut rosak akibat terkena air hujan.

“Terpaksalah kami cuci semula segala baju raya yang telah dibeli sebelum ini kerana basah akibat terkena hujan semalam, tetapi saya bersyukur kesemua anggota keluarga saya selamat walaupun kami terpaksa menyambut raya dengan ala kadar,” katanya.

Nasib kesemua mangsa terlibat mendapat perhatian Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, yang tampil memberikan bantuan segera.

Beliau berkata, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Temerloh akan menghulurkan bantuan berbentuk wang tunai dan pembaikan kerosakan akibat kejadian ribut itu.

“Pasukan kita akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan akan membaiki segera kerosakan yang dialami dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Sehubungan itu mangsa jangan risau kerana kita akan pastikan kerja-kerja itu siap sebelum hari raya Ahad nanti.

“Ini juga selaras dengan kehendak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogan ‘Jom Bantu Rakyat’ yang mahukan kerajaan segera bantu rakyat apabila mereka ditimpa kesusahan tanpa mengira perbezaan fahaman politik,” katanya.

Antara kawasan terjejas dengan kejadian ribut itu ialah Kampung Seberang Temerloh, Kampung Paya Kecik, Kampung Teluk Ira, Kampung Bangau Parit, Kampung Paya Laman, Lanchang, dan Kampung Paya Mengkuang. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Baca Puisi Sasterawan Negara Usman Awang

PM Anwar Baca Puisi Sasterawan Negara Usman Awang

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik rakaman video beliau membaca puisi nukilan Sasterawan Negara, Datuk...

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd