• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Abang Tak Bagi Signal, Dah Tu Tunjuk ‘Jari’ Kat Saya”

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK menggunakan lampu signal semasa membelok atau menukar laluan merupakan antara salah satu penyumbang utama berlakunya kemalangan jalan raya.

Jika ingin memotong kenderaan di hadapan misalnya, ada cara dan kami percaya rata-rata dalam kalangan pembaca Mynewshub mampu menggunakan lampu signal dengan betul, bukan boleh potong macam itu sahaja tanpa memberi isyarat kepada pemandu lain.

Bagaimanapun, sedang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini rakaman video tiga individu bertikam lidah di tepi lebuh raya gara-gara tidak memberikan lampu signal.

Dalam rakaman itu, ia menunjukkan seorang lelaki berbaju hitam menjerit memarahi lelaki berpakaian pejabat itu tanpa memberikan ruang kepadanya untuk beri penjelasan.

“Abang tak bagi signal lepas tu main masuk je lorong saya. Bila dah terlanggar lepas tu abang kurang ajar, tunjuk ‘but*h’ (jari tengah) kat saya,” kata pengadu.

“Saya dah masuk separuh jalan, kan? Lepas itu awak tekan minyak laju kenapa?” balas pemandu berkenaan.

“Abang tak bagi signal, lepas tu kurang ajar tunjuk ‘but*h’. Kau ingat kau siapa?!” jerit pengadu.

“Habis kau langgar kereta aku, tak fikir?” kata lelaki itu lagi.

“Mana ada kitorang langgar kereta you? You yang langgar kereta I,” kata perakam video.

“Aku masih hormat dan panggil kau abang lagi tapi kau tunjuk kat aku ‘but*h’,” kata pengadu.

Sepanjang video enam minit itu, masing-masing tetap tidak mahu mengalah dan akhirnya perakam video meminta lelaki terbabit pergi ke balai untuk minta pendapat pegawai polis bagi menentukan siapa yang salah.

Sementara itu di media sosial, netizen sekadar ‘geleng kepala’ malah mahu mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan enggan peduli kejadian yang tidak sepatutnya tular itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pemanduvideo viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd