• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Ada Peniaga Tak Letak Tanda Harga Merah Jambu

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Masih terdapat segelintir peniaga tidak meletakkan tanda harga merah jambu terhadap 21 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017 yang telah dilaksanakan sejak 17 Jun hingga 30 Jun ini.

Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Shamsudin Abu Hassan berkata, perkara itu sepatutnya tidak dipandang remeh memandangkan ia penting bagi memudahkan pengguna mengetahui harga sebenar barangan yang dijual.

“Ada yang menulis pada plastik merah jambu, tulisan tanda harga juga kecil selain tidak dipamerkan di bahagian yang sepatutnya hingga menyukarkan pembeli untuk membuat pilihan.

“Kita juga ada kenal pasti peniaga yang meletakkan tanda harga lebih murah daripada harga yang ditetapkan,” katanya selepas mengadakan pemantauan harga barangan kawalan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di Pasar Awam Kampar di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain perkara tersebut, kefahaman pengguna terhadap harga barangan kawalan juga masih kurang memberangsangkan berikutan ada dalam kalangan mereka yang langsung tidak ambil kisah.

Shamsudin berkata, ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan skim berkenaan telah diuar-uarkan kepada umum sebelum ini.

“Bagi kita, pendidikan kepenggunaan itu perlu lagi dipertingkatkan supaya pengguna dan peniaga ada hubungan akrab yang baik bagi melancarkan urusan jual beli,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsudin berkata, para pengguna disaran supaya mendapatkan barangan keperluan terutama bahan mentah dengan lebih awal bagi memastikan kualitinya terjamin.

“Selain itu, kita tak mahu para pengguna bersesak-sesak di saat akhir hingga menjejaskan urusan mereka untuk mendapatkan sesuatu barangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Shamsudin Abu HassanTanda Harga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd