• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Web Menarik Sempena Aidilfitri

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Petronas menerbitkan filem web terbarunya yang menarik berjudul ‘Donut ke Karipap?’

Filem berdurasi 256 saat itu berkisar tentang lima watak dalam produksi Petronas bersempena sambutan Tahun Baharu Cina serta perayaan Gawai dan Kaamatan 2017, yang mengharungi pelbagai dugaan dalam menyelami nilai mulia yang tersembunyi di sebalik amalan berpuasa Ramadan hingga menjadikan sambutan Aidilfitri lebih bermakna bagi mereka.

Nilai yang dimaksudkan ialah kesabaran, berhati mulia, rela berkorban dan permuafakatan – sejajar dengan semangat sambutan Aidilfitri serta komitmen Petronas sejak sekian lama dalam merapatkan hubungan sesama rakyat Malaysia melalui kempennya sempena musim perayaan, kata syarikat minyak dan gas negara itu dalam kenyataan di sini.

Filem berkenaan ditayangkan bagi tujuan pratonton pada majlis pelancaran ‘kempen berhenti rehat sambil minum kopi Petronas’ yang diadakan semula sempena Aidilfitri 2017 dan ditayangkan dari 22 hingga 23 Jun dan 1 hingga 2 Julai.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abd Rahman berkata syarikat itu gembira kerana dapat menghidangkan satu lagi kisah menarik mengenai keakraban rakyat Malaysia, yang diharap dapat meninggalkan kesan berkekalan di sanubari setiap orang, sama seperti beberapa penerbitannya sebelum ini.

“Melalui kempen bersempena sambutan sesuatu perayaan, kami mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya berpegang teguh pada nilai, tradisi dan budaya yang kita kongsi bersama sejak sekian lama serta sentiasa menghayati perkara penting itu kerana ia telah berjaya menjalin ikatan kukuh antara sesama kita sebagai rakyat Malaysia dan sebagai sebuah negara,” katanya.

Orang ramai boleh melayari saluran jenama rasmi Petronas di www.petronasofficial.com untuk menonton filem itu. Versi iklan televisyen sepanjang 60 saat pula akan disiarkan hingga 30 Jun.

“Petronas Coffee Break Campaign”, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif keselamatan jalan raya Petronas pada musim perayaan, menyediakan lebih 700,000 cawan minuman kopi segar serta snek dan pemeriksaan kesihatan di stesen PETRONAS yang mengambil bahagian di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Filem Web
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd