• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Kupon Untuk Bantu Anak-Anak Chow Kit

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertambahan kanak-kanak dan remaja tempatan di jalanan terutamanya di sekitar kawasan Chow Kit di sini sangat membimbangkan sehingga ramai yang tertanya-tanya tentang masa depan mereka apabila dewasa.

Ramai di antara mereka tidak menerima pendidikan formal dan sesetengah daripadanya langsung tidak mempunyai sijil lahir atau kad pengenalan, yang menyukarkan mereka melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan.

Kebanyakan mereka hidup bersama-sama ibu bapa di laluan pejalan kaki dan menjalani kehidupan umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang selain bergantung kepada makanan sumbangan mereka yang pemurah.

Dengan matlamat membantu mereka keluar daripada kemiskinan serta memperkasakan mereka, pengasas Grow The Goose, Ida Faranina Othman, mecetuskan idea supaya memberi hadiah kepada anak-anak ini melalui kupon bagi setiap perbuatan baik atau kerja yang mereka lakukan.

“Kupon makanan dan pakaian akan diberikan kepada setiap kanak-kanak namun terdapat juga kupon lain yang akan kita berikan kepada mereka jika terus berkelakuan baik, menghadiri kelas, bekerja dan lain-lain,” katanya kepada Bernama.

Kupon saguhati seperti tiket wayang atau bermain luncur ais akan diberikan berdasarkan prestasi mereka.

Projek rintis ini akan dilancarkan dengan kerjasama Yayasan Chow kit (YCK) bagi memberi manfaat kepada 100 kanak-kanak, dengan bajet permulaan fasa satu sebanyak RM500,000.

“Ideanya adalah memberi sistem kupon untuk kegunaan anak-anak ini. Jika kita beri wang tunai, kita risau duit itu akan disalah guna, terutama sekali oleh orang dewasa di sekeliling mereka,” kata Ida Faranina atau lebih mesra dikenali sebagai Nina.

Pada kupon berkenaan, ID unik kanak-kanak terbabit.

Usahawan sosial itu bagaimanapun berkata idea berkenaan bukan sekadar untuk memenuhi kempen ‘rasa baik jangka pendek’ kerana ia membuka pintu kepada kanak-kanak ini agar dapat menikmati kehidupan sebagaimana kanak-kanak lain.

“Membuka pintu sebegini buat mereka akan lebih memperkasakan dan memberi motivasi kepada mereka untuk bekerja keras dan mencapai impian, bukan hanya berserah pada keadaan,” katanya.

Sambil berharap sistem itu dapat dilaksanakan secepat mungkin, Nina berkata beliau sedia bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi menjayakannya.

“Kami masih merangka mekanisme dengan YCK serta pertubuhan bukan kerajaan KL Krash Pad. Selain itu, kami mengalu-alukan rakan kongsi atau mana-mana individu untuk menjayakannya bersama,” katanya.

Beliau berkata sistem itu boleh digunakan oleh keluarga yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Di kawasan PPR, majoriti keluarga di situ berpendapatan minimum. Oleh itu, melalui skim ini dapat mengurangkan beban keluarga dan anak-anak akan lebih produktif serta dapat menyumbang kepada pendapatan isi rumah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Chow Kitkanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd