• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Sasar Miliki 100 Pesawat Dalam Tempoh 10 Tahun

oleh Ahmad Albab
17/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malindo Air menyasar memiliki 100 pesawat dalam tempoh 10 tahun akan datang serta mengembangkan perkhidmatannya ke Asia Selatan dan Asia Timur, khususnya selatan China pada 2015.

Setakat ini, Malindo Air memiliki 11 pesawat ATR72-600 dan tujuh Boeing 737s.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Murthy berkata syarikat penerbangan itu juga akan memperkenalkan strategi untuk meningkatkan pendapatan sampingan sepanjang 2015.

“Meskipun kami lebih menumpu mengembangkan operasi ATR tahun ini, kami merancang untuk meningkatkan lagi kapasiti dan rangkaian laluan dengan memasukkan operasi Boeing,” katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan perkhidmatan penerbangan harian baharu dari Kuala Lumpur ke Nepal pada 6 Feb, 2015.

Kathmandu bakal menjadi destinasi antarabangsa Malindo Air yang ke-18 dan destinasi ke-7 di Asia Selatan, selepas lima destinasi di India dan dua lagi di Bangladesh.

Dengan menerima lebih banyak pesawat baharu, Chandran berkata syarikat itu bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak laluan bagi mengembangkan rangkaiannya pada bulan-bulan akan datang, seterusnya, mengukuhkan permintaan perjalanan udara dalam rantau ini.

Dengan pengembangan laluan ke Kathmandu, beliau berkata Malindo Air yakin mampu mendapatkan pasaran yang lebih besar bagi memperluaskan lagi rangkaian dan jenamanya.

“Kami mempunyai rancangan besar bagi 2015 di mana kami akan mengembangkan dengan lebih agresif kehadiran jenama kami di rantau ini,” katanya.

Sebuah pesawat Boeing 737-900 baharu akan beroperasi untuk sektor Kuala Lumpur-Kathmandu dan akan berlepas dari Klia2 setiap hari pada 7.05 petang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan pada 9.30 waktu tempatan. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd