• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Lapor Dua Kes Baharu Virus Zika

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Dua kes jangkitan virus Zika secara tempatan disahkan berlaku di Kensington Park Drive hari ini.

Menurut laman sesawang Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA), kedua-dua kes itu melibatkan penduduk kawasan berkenaan.

“Kluster baharu ini dimaklumkan hari ini dan NEA telah memulakan operasi kawalan vektor di kawasan kluster berkenaan,” kata agensi itu.

NEA berkata pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan pencegahan di kawasan terbabit sebelum kluster di Kensington Park Drive diumumkan bagi mengesan dan memusnahkan sebarang potensi habitat pembiakan nyamuk.

Kata NEA, kebanyakan mereka yang dijangkiti virus Zika tidak menunjukkan simptom dan ini meningkatkan risiko kemunculan semula Zika kerana ia akan mengambil sedikit masa sebelum kemunculan semula virus penyakit itu dapat dikesan.

Kluster Zika pertama di Simon Place berhampiran Kovan, di Hougang adalah kes pertama yang dilaporkan di Singapura tahun ini iaitu pada 29 Mac.

Selepas itu, muncul pula laporan di kawasan Flower Road dan Hendry Close pada 6 April , diikuti di Poh Huat Terrace dan kawasan Terrasse Lane pada 11 April, Glasgow Road (20 April), Highland Road dan Jansen Close (25 April) dan Parry Avenue di kawasan Serangoon Garden (9 Jun). – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kemakmuran sebenar sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada angka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd