• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Indonesia Maut Dipercayai Dipijak Gajah Liar

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang pekerja ladang warga Indonesia ditemui tidak bernyawa dipercayai maut akibat diserang gajah liar di Ladang Tunjuk Laut, Tanjung Sedili dekat sini tengah hari tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Sofian Adi, 33, dipercayai hilang sejak semalam dan dijumpai dalam keadaan tertangkup di kawasan ladang berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Rahman Hashim berkata pihaknya menerima maklumat dari bilik kawalan tentang seorang lelaki hilang pada jam 8.57 pagi semalam sebelum bergegas ke lokasi bersama enam anggota dan dua kenderaan pacuan empat roda.

“Mangsa dijumpai kira-kira jam 12.50 tengah hari (tadi) oleh pekerja ladang yang melakukan operasi mencari.

“Pekerja ladang berkenaan menjumpai kasut mangsa terlebih dahulu sebelum menjumpai mayat mangsa kira-kira 100 meter dari kasut tersebut,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

“Kita dimaklumkan seorang lagi rakan mangsa mengalami cedera akibat diserang haiwan liar itu dan kini sedang dirawat,” kata Rahman.

Ekoran penemuan mayat lelaki itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 1.30 tengah hari tadi dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah turut mengesahkan mayat mangsa yang dijumpai adalah pekerja ladang warga Indonesia.

“Mangsa disedari telah hilang sejak semalam dan tengah hari tadi mangsa ditemui mati dengan kesan dipijak gajah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gajah Liar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

21/03/2023
0

GERIK – Seekor gajah liar yang menimbulkan kebimbangan penduduk dan merosakkan tanaman di Kampung Durian Burung, Bongor di sini akhirnya...

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

03/02/2023
0

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini hidup dalam ketakutan selepas seekor gajah liar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd