• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Hoki Intai Penampilan Sulung Di Final Liga Dunia

oleh AK-47
23/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki Malaysia kini mempunyai misi berbeza di Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (HWL) di London, England, selepas berjaya ‘secara tidak rasmi’ menempah slot ke Piala Dunia 2018.

Malaysia mara ke suku akhir HWL yang sepatutnya melayakkan mereka ke Piala Dunia 2018, selepas mengakhiri saingan di tangga ketiga Pasukan A susulan kejayaan membenam China 5-1 awal hari ini, berharap dapat merealisasikan satu lagi misi iaitu layak ke Final HWL di Bhubaneswar, India buat julung kali.

Berikutan edisi Piala Dunia akan datang menawarkan 16 tempat berbanding 12 pada edisi sebelum ini, negara tuan rumah India, lima juara benua dan 10 lagi pasukan teratas daripada dua edisi Pusingan Separuh Akhir HWL, masing-masing lima pasukan dari London dan Johannesburg, akan menempah slot ke temasya dunia itu.

Namun, jika India mengakhiri saingan HWL sebagai pasukan lima teratas dan menjuarai Piala Asia ke-10 tahun ini, dua lagi slot ditawarkan untuk pasukan terbaik seterusnya, manakala jika 10 pasukan teratas di HWL juga merupakan juara benua, lebih banyak slot untuk direbut pasukan dalam HWL.

Bagaimanapun, jika Malaysia yang berkedudukan ke-14 dunia berjaya menempah tempat ke separuh akhir dengan menyingkirkan India esok, laluan mereka ke Piala Dunia terjamin selain layak ke Pusingan Final HWL di India yang dijadualkan dari 1 hingga 10 Dis nanti.

Ketua jurulatih Stephen Van Huizen yang gembira dengan kejayaan mencapai objektif pertama kejohanan iaitu mara ke suku akhir, berkata pasukannya akan mengambil pendekatan berbeza apabila berdepan pasukan keenam dunia India esok, dalam pusingan kalah mati.

“Hari ini kita mengawal permainan sepanjang separuh masa pertama namun terleka semasa kita mendahului 3-0 dan seterusnya mencetuskan saat-saat mencemaskan, namun gembira kerana berjaya mengekang pasukan lawan kepada satu gol sahaja.

“Kami pasukan belasahan berbanding India dan berharap dapat meningkatkan permainan kami,” katanya.

Perlawanan itu juga peluang untuk Malaysia membalas dendam terhadap India kerana merampas kelayakan ke Olimpik Rio 2016 selepas tewas 2-3 di tangan juara Asia itu pada suku akhir Pusingan Separuh Akhir pentas sama edisi Antwerp 2015.

Malaysia memulakan perlawanan secara berhati-hati selepas mengalami kekalahan teruk (2-5 di tangan pasukan nombor satu dunia Argentina dan 3-7 kepada England sebelum menang 1-0 terhadap pasukan ke-12 dunia Korea Selatan), namun berupaya meningkatkan momentum untuk membelasah China 5-1.

Memandangkan hanya lapan pasukan akan bersaing di Final HWL, empat pasukan masing-masing dari London dan Johannesburg akan mara, namun jika negara tuan rumah India gagal layak berdasarkan merit, hanya tujuh pasukan daripada kedua-dua Pusingan Separuh Akhir HWL akan mara berdasarkan ranking semasa Persekutuan Hoki Antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (HWL)
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Izad Diberi Kepercayaan Galas Cabaran Negara

02/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Pemain pertahanan hoki negara, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran negara beraksi di Pusingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd