• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Kelantan Jamin Harga Ayam Tidak Naik

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga ayam menjelang sambutan Hari Raya ini.

Pengarahnya Datuk Abd Ghani Harun berkata, pegawai penguat kuasanya akan sentiasa mengawasi peniaga di pasar seluruh negeri, termasuk mereka berpakaian awam bagi mengesan kegiatan menjual ayam tanpa menggunakan alat timbang iaitu menjualnya secara longgok.

“Peniaga yang dikesan berbuat demikian akan dikenakan tindakan menarik balik lesen perniagaan mereka serta-merta kerana kita tidak mahu adanya peniaga mengaut keuntungan dengan menjual secara longgok, tanpa alat timbangan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dan taklimat kepada 50 pemborong ayam di sini, hari ini.

Beliau mengingatkan peniaga bahawa kesemua lokasi tumpuan kini dipantau pegawai penguat kuasanya serta dibantu orang ramai yang menganggotai Friends of KPDNKK yang akan melaporkan segera kepada pihaknya sekiranya mendapati ada peniaga berbuat demikian.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 140 permit diluluskan bagi membawa masuk ayam dari negeri lain ke negeri ini berbanding hanya 80 permit sebelum ini dengan kerjasama daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan pihak berkuasa tempatan.

Abd Ghani berkata pemborong ayam juga bersetuju sepanjang lapan hari sebelum raya dan lima hari selepas raya, harga standard yang ditetapkan adalah RM5.70 sekilogram.

“Kita lakukan pelbagai cara bagi menghalang sebarang cubaan daripada peniaga untuk menjual ayam dengan harga lebih mahal dan tidak munasabah,” katanya.

Pengurus Lepan Jaya Farm, Kamarul Azri Mat berkata sebanyak 100,000 ekor ayam akan dijual syarikatnya sehari sebelum hari raya.

Katanya, ayam tersebut adalah untuk pasaran di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd