• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Tandatangan Ikrar Jauhi Rasuah Bola Sepak

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 134 pemain dan pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi memastikan sukan bola sepak tanah air bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Program dianjurkan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu tidak hanya melibatkan pasukan utama Pahang yang beraksi dalam Liga Super tetapi turut disertai pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) dan pasukan Piala Belia (bawah 19 tahun).

Lafaz ikrar diketuai Anggota Majlis PBNP Datuk Mukaram Shah dengan disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad serta Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Menurut beliau usaha tersebut dilihat amat penting dalam meningkatkan mutu permainan bola sepak di negara ini sekali gus membebaskan pemain daripada gejala rasuah.

“Segalanya bermula daripada individu itu sendiri yang mungkin mahu mencapai sesuatu di luar kemampuannya sehingga terjebak dengan gejala ini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sebuah hotel di sini.

Turut hadir Timbalan Presiden PBNP, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain.

Mukaram berkata jika dibiarkan ia boleh menjejaskan reputasi dan mutu bola sepak di negara ini bukan sahaja pada peringkat dalam negara tetapi juga antarabangsa dan dalam masa sama bookie yang menjadi dalang perbuatan itu meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Tengku Abdul Rahman berkata sehubungan itu pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM agar pembangunan bola sepak yang dilaksana tidak terbantut dengan perkara negatif seperti ini.

Sementara itu, Dzulkifli Ahmad berkata setiap individu di negara ini termasuk atlet, pegawai sukan dan pengadil wajib memiliki rasa tanggungjawab untuk menolak rasuah kerana ia membawa banyak keburukan.

“Gejala rasuah akan menyumbang kepada kemerosotan prestasi dan menjejaskan kualiti liga bola sepak negara ini dan akan menyebabkan penaja sukan itu menjauhkan diri jika rasuah terus berleluasa.

“Hal ini hanya akan merugikan kita dan SPRM tidak mampu untuk membasminya sendirian. Oleh sebab itu, kita mengadakan majlis ikrar ini bagi mewujudkan rasa tanggungjawab dalam pasukan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memantau dari semasa ke semasa senario bola sepak negara dan memastikan ikrar yang dilafaz dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan sukan nombor satu negara itu tidak dikhianati. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Baca Puisi Sasterawan Negara Usman Awang

PM Anwar Baca Puisi Sasterawan Negara Usman Awang

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik rakaman video beliau membaca puisi nukilan Sasterawan Negara, Datuk...

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd