• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa, Isteri Lebih 4 Jam Selesai Beri Keterangan Di SPRM

oleh
23/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tan Sri Isa Samad dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid selesai memberi keterangan selama lebih empat jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Bhd. (FGV) itu yang ditemui pemberita berkata, beliau memberi kerjasama dan terserah kepada SPRM sepenuhnya untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kemelut agensi itu.

Ini termasuk dalam menentukan kedudukan dirinya sama ada beliau akhirnya bersalah dan perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya bebas dalam isu urus niaga FGV yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

“Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dengan menjawab segala soalan yang diajukan, saya difahamkan saya merupakan individu yang terakhir dipanggil berhubung siasatan ke atas FGV,” kata beliau lagi.

Isa yang ditemui wartawan enggan ulas ketika ditanya apakah mereka beri keterangan mengenai FGV kepada SPRM kerana beliau tiada kapasiti untuk jawab berhubung isu itu setelah sudah tidak mempunyai jawatan dalam FGV.

Terdahulu, Isa dan isterinya tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 9.40 pagi Rabu dengan menaiki sebuah kereta jenis Lexus berwarna hitam dan ‘disambut’ meriah puluhan wartawan yang menunggu lebih awal.

Sejurus tiba, mereka berdua kemudian terus memasuki pejabat suruhanjaya itu dan keluar pada kira-kira pukul 2 petang selepas selesai memberi keterangan sebelum dikerumuni ramai wartawan yang ingin bertanyakan soalan.

Mengulas mengenai mengapa isterinya turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM, Isa hanya menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah normal dan menjadi kebiasaan selain tidak perlu dipersoalkan.

Kemelut dalam FGV bermula apabila Isa serta Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Zakaria Arshad untuk bercuti berkuat kuasa serta merta pada 6 Jun lalu.

Tiga lagi pegawai pengurusan kanan menerima arahan sama iaitu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Berikutan kemelut tersebut, pihak kerajaan kemudiannya melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala sebagai orang tengah untuk meneliti semula isu dalaman syarikat perladangan berkenaan.

SPRM turut melakukan serbuan di pejabat Zakaria dan mengambil masa lapan jam memunggah pelbagai dokumen untuk siasatan. Isa kemudiannya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan dalam FGV atas alasan peribadi.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob sebagai pemangku pengerusi FGV baharu berkuat kuasa serta-merta.

Bagi menghargai Isa, beliau dilantik sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), juga berkuat kuasa serta-merta menggantikan Tan Sri Syed Hamid Albar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FGVSPRMTan Sri Isa Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd