• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Farah Keguguran, Berpantang Masa Raya

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANDANGKAN Syawal bakal tiba tidak lama lagi, pelakon dan pengacara Raja Farah tidak ketinggalan mempromosikan perniagaannya kuih rayanya di sebuah karnival di Kuala Selangor.

Bagaimanapun, Raja Farah dikejutkan berita sedih apabila dirinya disahkan mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan, malam tadi.

Menurut Raja Farah, meskipun dia akur dengan ketentuan Ilahi namun pada masa yang sama dia akui emosinya tidak stabil kerana ini kali pertama dirinya berdepan kesedihan sedemikian.

“Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti. Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya ketika kita semua hendak menyambut Hari Raya.

“Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan. Mujurlah ketika kejadian, saya ditemani ibu bapa dan anak sulung (Imran),” katanya seperti dipetik BH Online.

Dalam pada itu, isteri kepada  ahli perniagaan, Iskandar Ismail itu memaklumkan, dia tidak mengadakan sambutan Aidilfitri secara beriya-iya memandangkan perlu berpantang.

Raja Farah dan Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Imran yang kini berusia 10 bulan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Raja Farah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Pandang Remeh Kerja Pengacara Beli-Belah”

16/04/2018
0

SEBAGAI selebriti, pasti mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk menguatkan lagi nama di dalam industri hiburan. Bagi pelakon dan pengacara...

Tengah Sarat Pun Raja Farah Tak Biasa Duduk Diam

20/07/2016
0

MESKIPUN sedang sarat mengandung cecah lapan bulan, pelakon Raja Farah Raja Aziz mengakui dia masih lagi aktif bergerak dan melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd