• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Tangguh Pelaksanaan Penggunaan VAR

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018 kepada musim 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata jawatankuasa itu berpendapat VAR masih lagi ‘projek separa matang’ dari sudut keberkesanannya dan tidak sesuai sama sekali menjadikan Liga M 2018 sebagai bahan kajian yang memungkinkan lebih banyak salah faham dalam pengurusan bola sepak negara.

Beliau berkata laporan terperinci yang disediakan anggota jawatankuasa berkenaan mendapati projek VAR memerlukan masa dan tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru dalam Liga M.

“VAR masih lagi dalam proses eksperimen sejak dari awal 2017 dan semua negara anggota yang terlibat masih lagi dalam proses penyesuaian, di mana semua laporan berkaitan pelaksanaannya diserahkan kepada IFAB (Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa) untuk diselaraskan penambahbaikannya pada masa hadapan.

“Untuk itu, Jawatankuasa Pengadil FAM pada mesyuarat kali pertama penggal 2017-2021 di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam, sebulat suara mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada Tunku Presiden (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) supaya menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan VAR dalam saingan Liga-M musim 2018 berdasarkan kepada beberapa perkara utama yang belum meyakinkan jawatankuasa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Subkhiddin berkata jawatankuasa itu telah melantik Pengurus Projek VAR/FAM Nasaruddin Ishak dan Ketua Unit Pengadil Kassim Kadir Bacha untuk meneruskan kajian keberkesanan VAR yang akan memberi tumpuan khusus kepada aspek pelaksanaannya pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Beliau berkata sebarang aspek latihan dan seminar untuk pengadil dan pegawai penilai juga akan diterapkan dengan topik berkaitan VAR, dengan tujuan setiap daripada mereka akan bersedia sekiranya VAR berjaya dimuktamadkan oleh IFAB/FIFA nanti.

“Jawatankuasa juga mengkaji beberapa siri kelemahan VAR yang berlaku sepanjang eksperimen ini dilakukan seperti di Hyundai A-League Australia dan yang terkini di Piala Dunia FIFA B20 Korea Selatan 2017 dari 20 Mei hingga 11 Jun lepas.

“Adalah lebih wajar untuk FAM menunggu sehingga VAR benar-benar menepati keperluan dan dinyatakan secara jelas dalam “Laws of The Game 2018-2019”,” katanya.

Cadangan penggunaan VAR disuarakan Tunku Ismail bertujuan memperbaiki integriti dan prestasi pengadil dalam Liga M.

Sasaran awal projek itu adalah untuk digunakan pada perlawanan separuh akhir dan final Piala Malaysia musim ini, sebelum secara rasmi dilaksanakan secara menyeluruh pada 2018. – BERNAMA

Tags: FAMSubkhiddin Mohd SallehVAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd