• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Salah Anggap Sheila Mahu Buat Janna Menantu

oleh AK-47
21/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT memuat naik gambar Janna Nick mesra dengan dua anak lelakinya di laman Instagram, niat Sheila Rusly itu telah disalah erti oleh netizen.

Gambar yang memaparkan Janna bersama-sama Uzair Haqimy dan Luth Mikhail itu disertakan dengan kapsyen ‘MyNyawa’ dan mengundang teka-teki di kalangan orang ramai yang menganggap pelakon comel itu bakal dijodohkan dengan salah seorang anaknya.

Janna, 22, pantas menafikan perkara ini dan berkata, hubungannya dengan keluarga Sheila ibarat sebuah keluarga.

“Memang tidak terlintas langsung soal ini di fikiran saya. Semua orang tahu kak Sheila tiada anak perempuan dan mempunyai dua anak lelaki.

“Jadi, dia melayan saya seperti anak perempuan yang lebih dekat dengannya,” katanya.

Bagi Janna, apabila anak-anak Sheila meningkat dewasa, mereka buat hal sendiri dan sebagai ibu, Sheila memerlukan seorang anak perempuan yang boleh dijadikan kawan yang boleh dibawa bercerita dan berkongsi apa saja.

My Nyawa❤️ #ramadan2017 #jantungsis #nyawasis #sayangsangat #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on Jun 13, 2017 at 8:37am PDT

“Saya memahaminya dan dia faham dengan saya. Apapun saya ambil itu sebagai satu perkara yang baik untuk mengeratkan silatulrahim antara kami.

“Ia satu anugerah buat saya di mana mereka sayangkan saya yang bukan darah daging mereka seperti saudara sendiri,” katanya, lapor Harian Metro. 

Janna turut menolak dakwaan dirinya serasi jika dijodohkan dengan anak sulung Sheila kerana Haqimy lebih muda daripadanya dan baru berusia 21 tahun.

“Saya sudah anggap mereka seperti adik sendiri dan tiada apa-apa perasaan, tetapi andai dikatakan takdir dan ketentuan jodoh saya tidak boleh elak.

“Mana tahu suatu hari akan berlaku begitu, tapi buat masa sekarang inilah yang boleh saya katakan,” katanya.

Tapi melihat kemesraan antara Sheila dan Janna ini, memang persis adik dan kakak atau mak dan anak, kan?

Selain bekerjasama di dalam set penggambaran, hubungan mereka akrab seperti keluarga sendiri apabila kedua-dua mereka selalu dilihat saling usik-mengusik satu sama lain di Instagram masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Janna Nicksheila rusly
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Janna Nick Akui Alami Masalah Gangguan Bipolar

22/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah...

“Mana Ada Kahwin Lari” – Janna Nick

24/04/2020
0

PELAKON popular, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd