• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutip Derma Anjur Tahlil & Khatam Quran Bidaah

oleh AK-47
21/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menegaskan perbuatan memungut sumbangan untuk menganjur program tahlil dan khatam quran untuk orang yang meninggal adalah perbuatan bidaah yang amat keji.

Pengarah JAIPs, Dr. Hazman Hassan berkata JAIPs melarang keras amalan tersebut kerana terdapat unsur untuk memperdaya orang ramai dengan amalan yang mengeksploit ‘zikrullah’ dan ayat suci al-quran.

“Perbuatan ini juga sama seperti memperdagangkan pahala yang menyerupai amalan ‘sukuk al-ghufran’ (sijil keampunan) penganut agama Nasrani,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, fatwa melarang perbuatan itu dan mengutup wang penganjuran diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Ke-11/2013.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pihak yang membuat kutipan bagi menganjurkan program sebegitu.

Hazman berkata siasatan JAIPs mendapati wujud aktiviti mengutip sumbangan untuk mengadakan tahlil arwah di sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat di utara Perlis dengan penganjur turut mencetak brosur serta membuat hebahan melalui WhatsApp dan media Facebook.

“Pihak sekolah juga mengakui melaksanakan program itu dan JAIPs telah mengarahkan mereka supaya menghentikannya,” katanya dengan menambah perbuatan itu melanggar Fatwa Negeri Perlis yang menyalahi Seksyen 39 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991. – BERNAMA

Tags: Dr Hazman Hassan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar

02/06/2017
0

KANGAR - Empat lelaki beragama Islam memberikan pelbagai alasan ketika ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd