• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

F1: Perancis Kembali Anjur Selepas Sedekad Tarik Diri

oleh
20/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Perancis kembali menganjurkan Grand Prix apabila disenaraikan dalam kalendar Formula Satu (F1) pada 2018 depan selepas sedekad terpaksa menarik diri atas alasan kekangan kewangan.

Perkara itu disahkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) hari ini. Perancis yang menganjurkan perlumbaan pertama pada 1908 namun ‘ghaib’ daripada kalendar F1 selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2008 lalu.

Perlumbaan kali ini akan diadakan di Litar Paul Ricard di Le Castellet iaitu berhampiran Marseille, terletak kira-kira 814 kilometer dari ibu kota Paris. Litar dibina pada 1969 itu mampu memuatkan sehingga 90,000 penonton.

Ia susulan tindakan kerajaan Malaysia menarik diri daripada penganjuran semula ekoran faktor ekonomi di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor yang bermula sejak 1999 dan tahun ini merupakan perlumbaan terakhir diadakan.

Felipe Massa yang memandu jentera Ferrari ketika muncul pemenang dalam perlumbaan terakhir F1 di Perancis sewaktu ia pernah diadakan di litar Nevers Magny-Cours, iaitu 250 kilometer dari Paris, hampir 10 tahun lepas.

Masalah kewangan kritikal memaksa kerajaan Perancis terpaksa melupakan Grand Prix berkenaan pada 2008 selain faktor kekurangan penonton, kelemahan penginapan, lokasi yang terpencil dan kesukaran laluan keluar masuk.

Litar Paul Ricard yang anjur perlumbaan pada 24 Jun tahun depan pernah menjadi tuan rumah untuk 14 Grand Prix antara 1971 dan 1990 ketika juara dunia empat kali dari Perancis, Alain Prost melakar beberapa kemenangan.

Sejak 2002, pemegang saham telah melaburkan 80 juta euro (RM382.24 juta) untuk membangunkan litar tersebut yang memiliki laluan sepanjang 5.861 kilometer dengan 10 selekoh dan perlumbaan sebanyak 25 kali pusingan.

Daripada 21 perlumbaan F1 tahun depan, 11 bakal berlangsung di litar Grand Prix sekitar Eropah, lima di Asia, empat di Amerika dan hanya satu di Australia. Berikut adalah jadual perlumbaan rasmi F1 bagi musim 2018:

25 Mac : Australia (Melbourne)
8 April: China (Shanghai)
15 April: Bahrain (Sakhir)
29 April: Azerbaijan (Baku)
13 Mei : Sepanyol (Barcelona)
27 Mei: Monaco
10 Jun: Kanada (Montreal)
24 Jun: Perancis (Le Castellet)
1 Julai: Austria (Spielberg)
8 Julai: Britain (Silverstone)
22 Julai: Jerman (Hockenheim)
29 Julai: Hungary (Budapest)
26 Ogos: Belgium (Spa-Francorchamps)
2 September: Itali (Monza)
16 September: Singapura
30 September: Rusia (Sochi)
7 Oktober 7: Jepun (Suzuka)
21 Oktober: Amerika Syarikat (Austin)
28 Oktober: Mexico (Mexico City)
11 November: Brazil (Sao Paulo)
25 November: Abu Dhabi (Yas Marina)

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: F1grand prix
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

27/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd