• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amyra Rosli Pesan Ibu Bapa #JanganLupaCucuk!

oleh AK-47
21/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEDANG hamil anak pertamanya, pelakon Amyra Rosli mengakui berasa sangat teruja untuk ‘berjumpa’ dengan anaknya nanti.

Bagaimanapun, Amyra dan suaminya, aktor Amar Baharin tidak terlalu memilih jantina anak mereka kerana menurut mereka, apa yang penting adalah kesihatan bayi tersebut.

“Saya dan Amar tidak kisah jantina anak, begitu juga keluarga. Asalkan bayi yang dilahirkan nanti membesar dengan sihat, itu sudah membuatkan kami bersyukur. Lelaki atau perempuan bagi kami bukan persoalan besar,” katanya.

Sebagai ibu baru, sudah tentu Amyra semakin peka dan teliti terhadap apa yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan nanti, terutama sekali kesihatan bayinya.

Dengan ancaman wabak penyakit yang menakutkan, Amyra sedar bahawa sikap mengambil tahu tentang cara-cara untuk melindungi anak-anak daripada dijangkiti penyakit seperti polio, rubella, difteria dan hepatitis B amat penting terutamanya di kalangan ibu-ibu baru sepertinya.

Baca: Hanis Zalikha: Sayang Anak, Jangan Lupa Cucuk!

Seperti Hanis Zalikha, Amyra berasa terpanggil untuk menyebarkan kesedaran terhadap suntikan imunisasi dan mengesyorkan ibubapa untuk memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka sejak bayi lagi untuk membentuk sistem pertahanan atau imun sistem yang aktif untuk melawan kuman.

Penyakit berjangkit merupakan antara penyebab berlakunya kecacatan & kematian dalam kalangan kanak-kanak dan imunisasi dapat mencegah serta mengurangkan risiko mendapat penyakit cegahan vaksin. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi lengkap, jadi sesibuk mana pun anda sebagai ibu bapa #JanganLupaCucuk dan #LengkapkanImunisasi anak anda.

A post shared by Mrs Amar (@aamyrarosli) on Jun 19, 2017 at 3:14am PDT

Bagusnya Amyra! Walaupun belum melahirkan anaknya lagi, dia sudah sangat peka dengan kepentingan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak dan bayi.

Pada zaman ini, ibu bapa perlu mempercayai keberkesanan vaksin dan mengutamakan pengambilan suntikan ini untuk anak-anak mereka.

Hakikatnya, kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin bukan sahaja mempunyai risiko tinggi terdedah kepada penyakit malah turut membahayakan orang di sekeliling mereka. Ayuh, lindungi anak-anak anda dengan suntikan imunisasi! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amyra RosliImunisasiKementerian Kesihatansuntikan vaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harjeet Singh Dilantik KSU Kementerian Kesihatan

11/04/2022
0

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU), kementerian berkenaan yang...

376,909 Dos Vaksin Diberi Semalam, Tertinggi Dalam Sehari

09/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi mencatatkan jumlah pemberian vaksin harian tertinggi dengan 376,909 dos vaksin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd