• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gol Tunggal Razie Cerahkan Peluang Malaysia

oleh Ahmad Albab
21/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaringan tunggal Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya menghidupkan peluang Malaysia ke Piala Dunia 2018 apabila mengalahkan Korea Selatan 1-0 dalam saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London, awal hari ini.

Pada perlawanan ketiga Kumpulan A, skuad bimbingan Stephen Van Huizen itu mempamerkan aksi yang lebih fokus dan disiplin yang tinggi untuk menjayakan misi wajib menang menentang Korea Selatan.

Pada perlawanan yang mana kedua-dua pasukan perlu menang itu, Korea Selatan terlebih dulu mengasak kubu Malaysia dan hampir memperoleh jaringan pada minit pertama perlawanan namun berjaya ditangkis penjaga gol kebangsaan S. Kumar.

Dalam aksi yang mendebarkan itu, Muhammad Razie memastikan kemenangan milik skuad ‘Malaysian Tigers’ menerusi percubaan pukulan sudut penalti pada minit ke-35, sekali gus mencerahkan peluang skuad negara ke suku akhir.

Malaysia hanya perlu seri dalam aksi terakhir bertemu China, esok, untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

Tersentak dengan jaringan Malaysia, pasukan Korea Selatan kembali mengatur serangan bertali arus hingga dihadiahkan dua pukulan sudut penalti pada minit terakhir perlawanan namun kecekapan Kumar berjaya menidakkan percubaan lawan.

Dengan kemenangan ini, Malaysia kini menduduki tangga ketiga manakala China pula di tangga keempat berdasarkan perbezaan jaringan. Argentina terus unggul di tangga teratas kumpulan A diikuti England.

Malaysia tewas kepada Argentina 5-2 pada perlawanan pembukaan sebelum dibelasah 7-3 oleh England manakala China sebelum ini menang ke atas Korea Selatan 5-2 dan tewas kepada gergasi hoki dunia, Argentina, 10-0. – BERNAMA

Tags: hokiLiga Hoki Dunia 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd