• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Otai Wartawan Hiburan, Kak Bam Meninggal Dunia

oleh
20/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Wartawan veteran Bahyah Mahmood yang merupakan bekas editor majalah hiburan Kumpulan Utusan, URTV, meninggal dunia pada pukul 5.20 pagi di Institut Kanser Negara, di sini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dalam usia 76 tahun, setelah lama menghidap penyakit kanser hempedu, menurut beberapa portal berita tempatan hari ini.

Allahyarham merupakan isteri kepada bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Allahyarham Ahmad Idris atau lebih mesra disebut ABI, yang telah meninggal dunia pada tahun lalu.

Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di Lorong Enggang 3, Keramat dekat ibu negara pada jam 9 pagi ini untuk disempurnakan, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan nama penanya, Kak Bam, merupakan wartawan hiburan yang berpengaruh dan popular pada dekad 1970-an hingga 1990-an.

Bahyah sering diingati dalam kalangan teman setugas wartawan dan komuniti dalam industri hiburan kerana kelembutan tutur bicara dan bakat hebat dalam penulisan.

Mula menceburkan diri dalam bidang pemberitaan di Singapura pada 1965, Bahyah seterusnya berpindah ke Kuala Lumpur pada 1967 lalu sehingga bersara pada 1996.

Ketika era kegemilangannya, Allahyarham membantu menyemarakkan dunia hiburan dan menaikkan banyak artis. Kolumnya “Syyhhh.. BAM” menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia diminati ramai.

Secara kebetulan, Allahyarham suaminya juga meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah di Institut Kanser Negara pada 3 Februari tahun lalu.

Beliau antara wartawan yang menjadi saksi zaman kegemilangan artis antaranya Sharifah Aini, Sudirman, Fauziah Ahmad Daud, Yusof Haslam, Hail Amir, Noor Kumalasari, DJ Dave, Rafeah Buang, Uji Rashid dan Latiff Ibrahim.

Selain itu, allahyarham juga merupakan salah seorang juri yang terlibat dalam memberikan ilham kepada anugerah Seniman Agung P. Ramlee dan Biduan Negara Saloma.

Kak Bam juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas 1991-1993 dan salah seorang yang mengasaskan Festival Filem Malaysia anjuran Persatuan Wartawan Hiburan (EJA) pada 1980.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pernah melancarkan memoir ‘Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu’ tulisan suaminya di ibu pejabat Utusan pada 20 Februari 2017. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kumpulan UtusanURTV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Akui Sudah Kembali Baca Utusan Malaysia

03/01/2019
0

"SAYA tidak malu mengaku sudah mula baca kembali Utusan Malaysia sekali sekala. Begitu juga dengan media lain seperti Berita Harian,...

Selamat Tinggal Akhbar Tertua Malaysia, Malay Mail

01/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Malay Mail, akhbar tertua di Malaysia yang telah wujud lebih lama daripada akhbar lain di negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd