• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Sorok Perbalahan Pakatan Diketahui Media!

oleh AK-47
20/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa seluruh pimpinan Pakatan Harapan menundakan sebarang perbalahan dalam kalangan mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kata beliau, Pakatan Harapan boleh berbalah mengenai apa sahaja termasuk siapa akan menjadi calon Perdana Menteri, tetapi ia tidak boleh terdedah kepada rakyat dan hanya berlegar dalam ruang lingkup Pakatan Harapan.

“Untuk bulan yang seterusnya, pastikan percanggahan kekal dalam Pakatan Harapan dan jauh daripada publisiti serta perhatian media.

“Pakatan Harapan perlu membina imej positif dan fokus kepada isu 1MDB dan FGV,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan dibarisi oleh parti sekular dan liberal DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kenyataan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan itu bagaimanapun bercanggah dengan dakwaan pembangkang selama ini kononnya mereka memperjuangkan hak media untuk mendapat maklumat dan melaporkan.

Kit Siang mengeluarkan kenyataan itu gara-gara tindakan pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan pada PRU14.

Pengumuman Anwar itu mencetuskan perbalahan hangat dalam kalangan penyokong-penyokong pembangkang yang berlainan ‘tuan’ kerana ada yang gembira, ada yang berduka.

Anwar yang diharapkan penyokong PKR menjadi calon Perdana Menteri memaklumkan keputusan itu terpaksa dibuat berikutan perebutan kuasa untuk menjadi calon Perdana Menteri yang sedang berlaku dalam kalangan anggota parti Pakatan Harapan.

Sebelum ini terdapat desas-desus PKR dan DAP mencapai persetujuan secara senyap-senyap untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri sementara dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pertama dari kaum Cina.

Tidak berapa selepas itu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai PPBM menawarkan diri mengetuai Pakatan Harapan dalam PRU14 sekali gus memungkinkan beliau yang akan menjadi calon Perdana Menteri pembangkang.

Tawaran itu menimbulkan kemarahan penyokong PKR tetapi dipercayai mendapat sokongan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana beliau sudah hampir pasti akan dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPLim Kit Siang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd