• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Insiden Rempuhan Van

oleh AK-47
21/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden rempuhan van berdekatan Masjid Finsbury Park, di Utara London awal hari ini, kata Kementerian Luar.

Kementerian dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan Malaysia mengutuk serangan ke atas orang awam yang tidak bersalah dan menyifatkan insiden itu amat membimbangkan kerana ia seolah-olah khusus disasarkan kepada jemaah yang baru selesai menunaikan solat semasa bulan Ramadan yang mulia.

“Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga orang tersayang mangsa insiden yang ngeri ini. Malaysia berharap bahawa pelaku insiden tersebut segera dibawa ke muka pengadilan,” kata kenyataan itu.

Menurut laporan Reuters, sekurang-kurangnya seorang maut dan 10 yang lain cedera apabila sebuah van merempuh sekumpulan jemaah pejalan kaki dekat masjid itu sejurus selepas tengah malam (waktu tempatan) pada Isnin ketika umat Islam meninggalkan masjid selepas menunaikan solat.

Kementerian berkata ia sedang memantau dengan rapi insiden dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pada ketika ini memberi maklumat terkini kepada komuniti Malaysia di bandar itu berhubung insiden tersebut.

Kementerian juga menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar kawasan-kawasan yang terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan oleh pihak berkuasa tempatan.

Mereka yang berada dalam kecemasan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di 52 Bedford Row, London WC1R 4LR atau menghubungi +44 (0) 207 242 4308 atau e-mel [email protected]. – BERNAMA

Tags: rempuhan van
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Warga Malaysia Cedera Rempuhan Van Barcelona

20/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden rempuhan van di Las Ramblas, Barcelona pada Khamis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd