• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lantaklah Nak Makan Mana, Kubur Masing-Masing”

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Gambar seorang lelaki dan wanita yang dipercayai pasangan suami isteri beragama Islam, makan di sebuah restoran secara terbuka menjadi tular di media sosial.

Dalam kejadian Rabu lalu di Restoran The Chicken Rice Shop di Mydin Jalan Baru, Bukit Mertajam, lelaki itu pada awalnya memesan makanan untuk isterinya makan pada jam 1.30 petang.

"Lantaklah Nak Makan Mana, Kubur Masing-Masing"

“Mula-mula masa ambil pesanan, lelaki itu kata, isteri dia yang nak makan. Tapi bila hantar makanan, lelaki itu pula yang makan.

“Bila krew restoran tegur lelaki itu dengan elok-elok bahawa orang Islam jangan makan di sini kalau nak makan, tunggulah waktu berbuka puasa tidak lama lagi.

“Lelaki itu menengking krew kami, ‘Lantaklah nak makan mana. Kami bayar duit, kubur masing-masing,” kata pengadu seperti yang dikongsikan laman Facebook Penang Kini.

Menurutnya, pasangan itu langsung tidak menghormati bulan puasa. Biarpun ramai yang melihat mereka makan, namun pasangan itu langsung tidak malu.

“Kalau Jabatan Agama Islam datang, pihak restoran yang akan disaman, RM5,000 seorang kerana membenarkan orang Islam makan dalam premis secara terbuka,” katanya lagi.

Sementara itu, kakitangan Mydin, Nur Aleeya mengesahkan kejadian itu memang berlaku di premis berkenaan.

“Saya kerja di Mydin. Gambar ini sah berlaku tengah hari tadi sebab saya perasan juga pasangan ini duduk di restoran itu dengan selambanya makan,” katanya.

Bagi Jaraful Warner pula, pihak restoran sepatutnya lebih bijak menangani isu ini.

“Jika pesanan yang dibuat untuk wanita itu sekalipun, sepatutnya pihak restoran bungkuskan saja makanan itu untuk mereka, bukannya membenarkan mereka makan dalam restoran.

“Jadi tak perlu pening dengan isu ini kerana pihak restoran yang memberikan perkhidmatan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: buka puasaMelayuPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd